Connect with us

Selebriti

“Kenapalah saya tak pakai tudung awal,” Tangguh Niat Hingga AJL-34, Ernie Zakri Mahu Istiqamah

Ernie Zakri atau nama sebenar beliau adalah Nur Ernie Shahirah Zakri merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia, berasal dari Kuala Lumpur.

Ralat tangguh niat sebelum ini

Meskipun penyanyi Ernie Zakri telah bertudung, namun beliau mengakui berasa sedikit ralat.

 

View this post on Instagram

 

💚 Abaya : @fustaann Photo : @__nisaanisa__

A post shared by @ erniezakri on

Ini kerana beliau sebelum ini menangguhkan niatnya untuk berhijab sehinggalah tamat pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 yang lalu.

Saya pentingkan soal kerja ketika itu

Menurut Ernie lagi, hal tersebut merupakan antara kesilapan dirinya kerana dia lebih mementingkan soal kerja ketika itu.

“Masa AJL haritu, sebenarnya memang dah niat nak pakai tudung tetapi saya lebih memikirkan tentang soal kerja pada masa itu”.

Itu adalah satu kesilapan saya juga

“Dan benda itu adalah satu kesilapan saya juga. Sekarang saya terfikir kenapalah saya tak pakai tudung lebih awal. Saya hanya manusia biasa”.

 

View this post on Instagram

 

Best nya ada kampung kan?

A post shared by @ erniezakri on

“Saya sebenarnya rasa lagi bersyukur yang Allah berjaya buka hati saya. Itu yang harus saya pandang sebagai satu benda yang positif,” katanya jujur.

Walaubagaimanapun, penyanyi lagu Ku Bersuara itu menambah, dia tidak akan sesekali menoleh ke belakang.

Past is past, semua ada sejarah masing-masing

Sebaliknya ujar penyanyi vokal kegemaran ramai, beliau akan terus beristiqamah dalam menjaga aurat.

“Kalau saya kenang-kenang kenapa tak pakai lebih awal tu saya rasa past is past. Semua orang ada history masing-masing”.

 

View this post on Instagram

 

1st time keluar selepas 40++ days. Ada rakaman hari ini. Kembali bekerja! Be safe! 💚

A post shared by @ erniezakri on

Sempat ke aku ni

“Lepas AJL, masa PKP ni yang meletakkan tanda untuk saya bertudung kerana timbul rasa ketakutan pada saya what if this is the end of the world. Sempat ke aku ni”.

“Jadi sedikit sebanyak benda tu mendorong saya untuk lebih berani dan alhamdulillah lepas saya sarung je tidak ada apa-apa kesusahan bagi saya,” jelasnya lagi.

Beliau berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media Nurflix.tv di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis.

Ernie akan meneruskan kariernya seperti biasa

Selain itu, Ernie menjelaskan bahawa dia akan meneruskan kariernya seperti biasa kerana percaya niat yang baik pasti akan dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

Isya’ terakhir di Madinah. ❤️ #UniversalTraveller #UTMOMENTS #keepuwarm @universaltraveller_my

A post shared by @ erniezakri on

“Pada saya Allah tu penyayang, Dia tidak akan suruh kita berhenti cari rezeki tapi of course la dengan cara dan haluan yang betul. Benda ni sangat subjektif”.

“Ada juga yang mengatakan yang sepatutnya kita ni tak boleh menyanyi tapi pada saya asalkan niat yang pertama tu betul yang you nak cari rezeki yang halal, InsyaAllah akan dipermudahkan,” katanya lagi.

Semoga Ernie Zakri terus istiqomah dalam penghijrahan beliau dan terus berjaya dalam karier beliau.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.