Connect with us

Viral

Kenduri Belum Habis, Makanan Dah Habis Kena ‘Sapu’ Dengan Mak Cik

Kenduri kahwin bertujuan untuk memberitahu umum mengenai ikatan pernikahan yang telah terjalin di antara pengantin lelaki dan perempuan.

Sudah tentu jika menghadiri majlis seperti ini ia akan melibatkan aktiviti makan beramai-ramai.

Selain menyeronokkan, boleh mengeratkan hubungan orang yang jauh dengan yang dekat. Namun perlu diingat, adab sebagai tetamu juga harus dijaga.

Tular baru-baru ini di Indonesia apabila terlihat seorang wanita sakan mengaut lauk-pauk yang ada terhidang di majlis kenduri yang dihadirinya walaupun kenduri belum lagi habis!

Menerusi video berdurasi 11 saat yang dikongsi oleh @aayurahayuuu, wanita yang mengenakan baju berwarna ungu dan tudung berwarna merah jambu itu tanpa segan silu membungkus makanan yang ada di atas meja hidangan.

Malah, wanita itu siap membawa beg plastik bersamanya untuk memudahkan lagi kerja bungkus-membungkus.

Dia turut tersenyum ketika mengisi makanan ke dalam beg plastik yang dibawanya sebelum beredar pergi dari kenduri kahwin tersebut.

Tetamu lain yang lalu-lalang di situ turut pelik memerhati kelakuannya yang dianggap tidak beradab oleh orang ramai.

Video itu kini tular dengan jumlah tontonan sebanyak hampir 1 juta dan 35.5 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@aayurahayuuuMakmak gak ada lawan emg🤣🤣♬ original sound – 💜 👸 Lovely Girl👸 💜 🇮? – 💜 👸 Lovely 🍓Girl👸 💜 🇮?

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Ramai yang berpendapat perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi.

Malah mereka turut mengatakan wanita itu juga perlu ada rasa malu dalam diri sebagai tetamu yang dijemput ke kenduri kahwin.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok

“jujur pernaha ada niat gitu cuman mikir, mereka yg punya hajat tuh udah diporsiin buat tamu kenapa serakah kenapa harus SERAKAH :(”

“malu plss”


“ya Allah ga segitunya kali 😁”

“klo kondangan sewa di hotel ya gitu… setelah selesai acara makanan yg tersisa diangkut para sodara terdekat. soalnya kan semuanya sdh dibayar”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.