Connect with us

Selebriti

“Kenduri sebelah lelaki selepas…” Ibu Mentua Mira Filzah Mula Buat Persiapan

Ibu mentua kepada pelakon Mira Filzah, Datin Mastura Mohd Yazid memberitahu majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan dilangsungkan selepas pandemik COVID-19 reda. Jelas Mastura, keluarganya kini sedang membuat persiapan untuk majlis bertandang itu yang akan diadakan secara bersederhana. “Selesai sudah semua majlis walimatul urus di sebelah keluarga Amirah (Mira Filzah). Sangat sempurna dan meriah. Saya […]

Datin Mastura Mohd Yazid yang kini merupakan ibu mentua kepada pelakon Mira Filzah, memberitahu majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan dilangsungkan selepas pandemik COVID-19 reda.

Menurut Mastura, keluarganya kini sedang membuat persiapan untuk majlis bertandang itu yang akan diadakan secara bersederhana.

“Selesai sudah semua majlis walimatul urus di sebelah keluarga Amirah (Mira Filzah). Sangat sempurna dan meriah. Saya sekeluarga amat menghargainya.

“Kini, saya mula membuat persiapan majlis kenduri sebelah pengantin lelaki pula.

“Ia akan diadakan setelah situasi pandemik COVID-19 ini reda dan mengizinkan. Majlis akan diadakan secara sederhana,” maklum Mastura.

Mastura yang turut bertugas sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) turut berkongsi foto menarik sepanjang majlis pernikahan anaknya, Wan Emir Astar dan Mira minggu lalu.

Mira dan Wan Emir telah selamat disatukan dalam majlis pernikahan gilang-gemilang pada 3 September lalu.

Dua majlis resepsi kemudiannya berlangsung pada 4 dan 6 September masing-masing di Le Meridien Putrajaya dan A-Park Puchong.

Seperti yang dijangka, majlis resepsi mereka turut menampilkan kelainan dan kembali mencuri tumpuan orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

Cantik sangat lah tema warna biru untuk majlis resepsi kali ni😍 #emiramirah #MiraFilzahWanEmir #MiraFilzah

A post shared by 7 Hari Mencintaiku 2 (@_7harimencintaiku2) on

Baby blue jade pilihan Mira dan Emir

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram ini, pasangan ini kembali mencuri tumpuan apabila tampil dengan busana ‘baby blue’.

 

View this post on Instagram

 

Sepadan sangat lovebirds ni😍 #emiramirah #MiraFilzahWanEmir

A post shared by 7 Hari Mencintaiku 2 (@_7harimencintaiku2) on

 

Terdahulu, mereka yang bertunang pada 17 Julai lalu telah mendedahkan cara perkenalan mereka apabila memulakan perkenalan di media sosial.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Mira Filzah dan Wan Emir. Semoga ikatan suci yang dibina kekal hingga ke syurga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.