Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan. Di dalam proses perkahwinan, akad nikah merupakan salah satu saat yang paling getir dan mendebarkan sang pengantin khususnya pengantin lelaki.
Melalui si wali, dengan satu genggaman tangan sahaja dan luahan akad nikah ‘Saya Terima’ sudah cukup menggetarkan lutut si lelaki tersebut.
Namun bebeza pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dmana berlaku insiden kecil terhadap seorang budak perempuan ketika berada di majlis akad nikah ini telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan semua sedang fokus melihat pengantin yang bakal diijab kabulkan dimana lokasi tidak diketahui.
Namun, sedang asyik tok kadi memberi penerangan kepada pengantin lelaki, tiba-tiba terdengar suara seorang budak perempuan yang menangis.
Siapa sangka rupa-rupanya kepala budak perempuan itu tersangkut di celah-celah tiang membuatkan dia menangis kesakitan.
Bagaimana pun, tiada kecederaan yang serius dan kepala budak perempuan itu dapat dikeluarkan dengan selamat.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini dituis, video tersebut telah meraih 358.0K tontonan, 50.7K tanda suka, 1087 komen dan 928 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut dan menyifatkan seolah-olah tiada masa lain untuk drama kepala tersangkut! hehehe
Dalam pada masa yang sama, Ada juga yang berseloroh mengatakan abang cameraman ‘confused’ nak tangkap gambar mana satu sama ada pengantin ataupun kanak-kanak tersebut..
“kau macam tak boleh tunggu lepas majlis nak buat hal..”
“dulu kan masa papa and mama kawin ada budak oren kepala dia terlekat”
“oyennnnnnnn apa kau buat nii”
“dah lah pengantin tu nervous satu hal dah, adik tu pulak tambah kacau lagi.. adoiii”
“she’s the main character of the day… yang penting tok kadi chill”
“mesti tok imam awal2 dah perasan terus tunduk risau tergelak”
“Ingat kucing oren ja suka buat hal.. budak oren pun sama..”
Memang undang dekah ramai la adik oyen ni! Time-time macam tu lah nak tersangkut kepalanya pun.. macam tak boleh tunggu lepas nikah pula .. hahaha
Tapi syukur tak ada kecederaan yang serius, ibu bapa perlu lebih pantau anak-anak yaa..