Connect with us

Viral

“Kepalanya lepas besi katil dua tingkat,” Niat Nak Kacau Kawan, Gadis Ini Terima Padah Ternampak Lembaga..

Kewujudan hal-hal ghaib merupakan perkara yang biasa walaupun majoriti manusia tidak dapat melihatnya.

Namun begitu, bagi mereka yang diberi keistimewaan oleh Allah SWT, pengalaman merasai dan melihat dengan mata kasar merupakan pengalaman yang luar biasa.

Seperti kisah seram yang dikongsi gadis @syazwinos menerusi video TikTok yang dimuat naik olehnya, dia cerita pengalaman dapat ‘melihat’ makhluk halus ketika usianya 12 tahun.

Menerusi perkongsian mStar, gadis yang bernama Nursyazwina Azhar itu berkata pertama kali dia terserempak dengan makhluk halus ketika menyertai kem sempena Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sebuah resort di Kedah.

Menurutnya, bukan sekali lembaga itu memunculkan diri di hadapannya tetapi lima kali sepanjang dia dan rakan-rakan sekolahnya menginap di resort tersebut selama 3hari 2malam.

Gadis ini sehingga boleh mengingati dan memperincikan dengan jelas wajah serta fizikal makhluk yang menganggu mereka walaupun insiden itu sudah 9 tahun berlalu.

“Satu dorm boleh menempatkan sehingga 20 pelajar dan semua katil 2 tingkat. Malam pertama di sana, saya ajak rakan tidur di katil atas. Waktu lampu sudah dipadamkan, saya tidur mengiring menghadap rakan tadi.

“Bila saya terbuka mata, terkejut apabila saya terlihat satu wajah, betul-betul sebelah lutut kawan saya tu dan matanya tepat memandang saya.

“Wajahnya penuh lumpur pekat, mulut bewarna merah dan rambutnya sangat panjang. Saya terus beritahu kawan.

“Hari kedua pula, selepas makan tengah hari, saya dengan kawan-kawan borak dekat katil atas. Tak lama selepas itu, saya ternampak satu lembaga di sebalik besi katil yang kami duduk tu sambil memandang saya. Kepalanya lepas besi katil dua tingkat tu… betapa tingginya benda tu.

“Kemudian saya ‘tegur’ dan beritahu rakan-rakan lain keberadaan lembaga itu.. budak-budak kan, nampak je terus tegur. Bila kami semua terus turun katil nak solat Asar, sekali lagi saya nampak tapi kali ni lembaga kecik pula tengah bergayut di besi katil.” ujarnya panjang.

Wina dan rakannya bersepakat untuk  memaklumkan hal itu kepada fasilitator kerana dia tidak tahan dengan ‘gangguan’ yang kerap dialami mereka.

“Fasilitator tu cadangkan kami semua buat bacaan Yasin selepas Maghrib. Mengejutkan, masa tengah baca Yasin, saya masih boleh nampak lembaga itu.. dia tengok je kami baca.

“Selepas selesai bacaan Yasin, kami jawab periksa dan kemudian balik ke dorm semula. Tapi sekali lagi saya nampak lembaga besar berdiri di tengah-tengah lorong antara katil.” – katanya.

Ketika itu Wina sudah malas mahu ‘melayan’ lembaga itu kerana mengenangkan esok dia sudah mahu pulang.

“Selepas pulang dari kem tersebut, salah seorang rakannya bermimpi tentang ‘benda’ tersebut dan menceritakan mengapa makhluk itu mengacau mereka.

“Waktu kem Sains ketika malam pertama, dalam pukul 11 lebih, kawan ajak kacau bilik sebelah sebab bosan. Saya pun pergi ketuk pintu bilik sebelah dan masuk bilik balik. Kami buat banyak kali.

“Kemudian benda tu cakap, waktu kami ketuk, anaknya tengah tidur dekat pintu tu. Sebab itu dia marah. Dalam mimpi kawan saya juga, lembaga tu ada cakap dia janji akan kacau kami lagi bila dah besar. Tapi Alhamdulillah sampai sekarang tiada apa-apa.” ujar Wina.

Wina dua dari kiri bersama rakan-rakan rapatnya sejak sekolah rendah yang ada semasa kem tersebut. (Gambar dari mStar)

 

Video tular di TikTok @syazwinos:

@syazwinos Reply to @shah.subhi ♬ original sound – wina 🦋

Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah Wina ini ialah sentiasa menjaga adab dan mulut di mana sahaja tempat baru yang kita pergi.

Hingga akhir artikel ini ditulis perkongsian Wina mengenai pengalaman seramnya itu telah meraih 375K jumlah tontonan dan hampir 58K likes di aplikasi TikTok.

Sumber: mStar, TikTok @syazwinos

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.