Pelakon popular Lisa Surihani mengisi masa di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Perintah kawalan ini telah dikuat kuasa di seluruh negara sejak beberapa hari lalu dan telah memasuki hari ketujuh.
Bagi menyahut cabaran #dudukrumahchallenge, isteri kepada pengarah terkenal, Yusry itu dilihat turut mengisi masa dengan membaca ayat suci Al-Quran.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Lisa memberitahu ahli keluarga dan rakan-rakan turut memberikan galakan walaupun menurutnya, bacaan yang dialunkan belum cukup sempurna.
#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tk sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan.
“Daripada tk buat langsung, Lisa?” Moga istiqomah. Dgn doa, Ya Allah, rahmatilah kami dgn Al-Quran, Jadikan lah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui.“Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam,”
Rata-rata netizen dan para peminat mengucapkan rasa syukur dan mendoakan kesejahteraan Lisa sekeluarga.
Malah ramai yang memuji tindakannya yang membawakan perkara positif untuk dijadikan ikutan para peminatnya.