Semalam, Hospital Putrajaya telah membuat satu laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya.
Penularan video tersebut juga didakwa menjejaskan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan COVID-19.
Menerusi kenyataan pada Selasa, Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata, video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.
Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama.
Difahamkan video yang dimaksudkan milik penyanyi Dayangku Intan yang telah diulang siar di akaun media sosial pengacara Azwan Ali.
DIVA DAYANGKU INTAN ? DEDAH POKIMAKKKK POKIMAKKKK MEDICAL OFFICER KAT HOSPITAL PUTRA JAYA ! MAKI KAN JER MELAYU PALING POKIMAKKKK YG PRASAN GELAR DOKTOR ? DOKTOR POKIMAKKKK ! BTW LETS DOA DIVA DAYANGKU INTAN ? CEPAT SEMBUH ! MISS U
Menerusi perkongsian di Facebook, Dayangku memberitahu beliau mengalami simptom demam, sakit kepala, sakit tekak dan badan yang segera ke Hospital Putrajaya untuk membuat pemeriksaan.
Berikut adalah di antara butiran yang diperkatakan beliau di dalam video.
“Bila malam saya tak boleh tidur, jadi saya putuskan untuk ke Putrajaya (Hospital) untuk semakan.
“Sampai di kaunter kecemasan, tanya jururawat apa perlu buat sebab ada simptom demam, mual, sakit badan dan flu.
“MO tanya dengan ‘keras’ sama ada saya pernah berdepan kontak COVID-19 atau pulang dari luar negara. Kemudian dia suruh saya ke hospital swasta.
“Jadi saya rasa ditolak tanpa tahu saya berpenyakit dan ke klinik biasa untuk ambil ubat. Sekarang rasa rasa kepala macam nak pecah, tapi saya tunggu lagi seminggu,”
Rentetan daripada itu, Dr Nora’i berkata, isu berkenaan telah diperbesar-besarkan dengan perkataan-perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas.
“Pengurusan Hospital Putrajaya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan penularan video tersebut,” katanya.
Menurut beliau, orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan ditetapkan sepanjang mengendalikan wabak itu.
“Para petugas keletihan dan terpaksa mengenepikan ahli keluarga masing-masing demi tugas yang bahaya ini.
“Penularan ini telah memberi tekanan emosi kepada para petugas sedangkan sokongan moral dan semangat yang harus diberikan, dan bukannya kata cacian dan kesat seperti ini,” katanya.
Dr Nora’i berkata laporan polis itu dibuat bertujuan mendapat tindakan sewajarnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu yang tidak menghormati tugas anggota paramedik.
Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik di antara kedua-dua belah pihak.