Connect with us

Viral

Kerap Menggigit Kuku, Pelajar Ini Terpaksa Memotong Ibu Jarinya Selepas Membentuk Kanser

Seorang pelajar universiti terpaksa memotong ibu jarinya selepas menghiidap kanser kulit yang amat jarang ditemui akibat dari tabiatnya yang suka menggigit kuku.

Courtney Whithorn yang berumur 20 tahun mula kerap menggigit kukunya kerana selalu dibuli di sekolah sejak tahun 2014.

Dia tidak menyedari bahawa dia telah menggigit kuku jarinya sehingga dia melihat darah di tangannya.

Walaupun ‘terkejut’ ketika ibu jarinya mula berubah menjadi hitam, Courtney menyembunyikan perkara itu daripada rakan-rakan dan keluarganya selama empat tahun.

Selepas Courtney berjumpa seorang doktor, dia telah disahkan menyebabkan trauma pada kukunya sehingga ia berkembang menjadi kanser yang sangat jarang berlaku.

Kanser ini dikenali sebagai acral lentiginous subungual melanoma, dan telah didiagnosis pada bulan Julai lepas.

Walaupun dia telah menjalankan beberapa pembedahan untuk menghilangkan kanser itu, dan cuba untuk menyelamatkan ibu jarinya, Courtney akhirnya terpaksa untuk memotong ibu jarinya itu minggu lalu.


Acral lentiginous subungual melanoma adalah sejenis kanser kulit yang berkembang di telapak tangan seseorang, tapak kaki atau di bawah kuku.

Ia biasanya bermula seperti kuping kulit yang berwarna, yang kemudiannya menjadi gelap dan secara perlahan membesar selama beberapa bulan atau tahun.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.