Connect with us

Viral

Kerap Mimpi Bayi Berbulu Hitam Sedang Menyusu, Gadis Ini Kongsi Kisah ‘Hamil’ Anak Makhluk Halus Buat Ramai Seram

Kata orang, mimpi hanyalah mainan tidur semata-mata namun siapa sangka, ada juga mimpi yang seolah-olah memberikan ‘hint’ bahawa ada sesuatu yang tidak kena atau terjadi dalam hidup kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini mengalami mimpi aneh mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @tqaaa_____, difahamkan dia kerap bermimpi menyusukan bayi kecil yang berbulu hitam, selain berdepan gangguan kitaran haid dengan senggugut yang teruk.

Bukan itu sahaja, malah perutnya juga kerap terasa bergerak-gerak dan akhirnya keraguan terjawab setelah dia dibawa berubat cara kampung.

“Sebelum tu setahun yang lalu kitaran haid saya asyik tak teratur. Selalu mimpi lelaki tapi muka dia tak jelas. Selalu mimpi bayi tapi berbulu hitam sedang menyusu.”

“Ada pakcik yang pandai di kampung tentang rawatan islam. Saya minta tolong dari jauh tapi dia suruh datang juga”

Wanita ini juga akui sering melihat kelibat makhluk halus, sakit badan, sesak nafas, sukar untuk tidur, berasa sedih malah kerap marah sebelum datang berubat.

Selepas tiga jam berubat, akhirnya makhluk ghaib tersebut berjaya dibuang dari dalam badannya meskipun pada awalnya ‘benda’ tersebut enggan memberi kerjasama dan tetap ingin bersama wanita tersebut.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga sempat memberikan pesanan kepada orang ramai terutamanya kaum hawa untuk lebih berhati hati malah perlu membaca doa sebelum tidur, sebelum masuk tandas, tidur dalam keadaan aurat terjaga dan jangan suka bersendiri serta bersedih tanpa sebab.

Video yang tular di laman TikTok:

@tqaaa_____ternyata sudah bersaudara mara di badan ku

♬ original sound – SemiTruck

@tqaaa_____THE TEA ☕️ sorry guys lambat up story busy sikit

♬ suara asli –

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘seram’ membaca perkongsian wanita ini yang ‘diganggu’ makhluk halus.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berkongsikan pengalaman masing-masing dimana lebih kurang sama dengan apa yang dihadapi oleh wanita ini.

Berikut merupakan komen warga maya:

“i pun sekarang tenah fight jugak dengan benda ni sebab benda datang balik untuk balas dendam..”

“jin tu suka saya.. setiap kali hubungan serious tu mesti takjadi..”

“saya tengah alami macam awak..”


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.