Connect with us

Viral

Kereta Auto Jadi Akuarium, Pemandu Tanggal Tinted Kereta Gara-Gara Jumpa JPJ

Bagi mana-mana individu yang memiliki kereta mesti akan menggelapkan sedikit cermin kereta dengan menggunakan tinted bagi mengelakkan kereta terkena panas matahari.

Walau bagaimanapun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menetapkan peraturan penggunaan cermin gelap di mana pemilik kereta harus mengikut peratus ketelusan cahaya yang ditetapkan.

Beberapa hari lepas, seorang pemandu lelaki yang ditemani rakannya dilihat gigih sedaya upaya mencabut tinted kereta di bahagian pemandu gara-gara roadblock yang dibuat JPJ!

Momen lucu yang sempat dirakam oleh rakan pemandu ini iaitu nashnina dimuat naik ke TikTok dan kemudiannya menjadi tular!

Malah, video ini turut memaparkan lelaki itu memperlahankan keretanya sementara dia menanggalkan tinted gelapnya itu.

Selain itu, jalan raya yang mereka berdua gunakan yang dilihat agak sibuk menjadi salah satu ‘penolong’ bagi lelaki itu menyelamatkan diri daripada terkena saman.

Setakat artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih tontonan sebanyak 1.5 juta serta mendapat 85.3 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ketawa melihat gelagat pemandu yang dilihat cemas itu.

Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pelbagai idea bagi mengelakkan daripada menerima ‘surat cinta’ daripada pihak berkuasa tersebut.

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok

“nasib tinted diy baru rm12, kena tinted kedai nangis tak berlagu😂”

“siap jdi kereta akurium”


“X pyh koyak dlu,dia nk saman bru koyak..kdg2 fokus dia kt lesen n rotex..”

“Rugi beli tinted sekali lagi takpa dari kena bayar saman 😂”

“hahaha….laju koyak bro……😂😂😂😂😂”

“trunkn tgkap x blh ke bng of ekon dlu”

“apa susah bang turun kn cermin tu jk laaa…adu”

Video yang tular di laman TikTok

@nashnina ada jpj gais😂😂#fypシ ♬ nhạc nền – FUNNY_v7 🤣

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.