Connect with us

Viral

“Kereta awak naik tu saya bayar” Kantoi Video Dating Suami Orang, Wanita Luah Rasa Kecewa

Isu curang dikalangan pasangan yang berumahtangga bukanlah perkara yang luar biasa lagi.

Malah, isu inilah antara yang paling ditakuti baik para isteri mahupun suami.

Kepercayaan yang dibina bertahun-tahun pun boleh rosak diakibatkan isu curang ini.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Masdalifah Md Zubir yang dapat tahu suaminya keluar bersama perempuan lain di belakangnya. Perempuan itu dipercayai berasal dari Indonesia.

Perempuan Indonesia tersebut yang juga mempunyai akaun TikTok, telah memuatnaik videonya bersama suami Masdalifah sedang makan sambil berdua-duaan dalam kereta milik lelaki itu.

Video tular di laman Tiktok:

@ully_cirebon Reply to @manishputry699 ♬ original sound – 🇮🇩✔ully Cirebon.✔🇸🇬✅

Mendapat perhatian ramai khususnya kaum wanita, Masdalifah telah memuatnaik sebuah video yang merakam dirinya memberi reaksi dan penjelasan berkenaan video yang memaparkan suaminya bagai sedang dilamun ombak cinta bersama perempuan Indonesia tersebut di akaun TikTok miliknya.

Berasa geram dan terkejut melihat kedua pasangan ‘sejoli’ itu di TikTok, Masdalifah pun bertindak membuka cerita tentang suaminya itu.

“Allahu… kereta yang awak naik tu 10k saya down payment”

Tambahnya lagi

“Surat cerai nak print pun takde duit.. Astaghfirullahalazim”

Video penjelasan Masdalifah:

@masdalifahmdzubir @ully_cirebon #downpayment #kereta Sgd10k#hutamg duit isteri sgd200K#surat syariah nak print pun takde duit #Im ♬ original sound – Masdalifah Md Zubir

 

Ketika artikel ini ditulis, TikTok viral itu telah meraih separuh juta tontonan! Dengan jumlah 21 ribu tanda suka, 1707 komen dan 1427 perkongsian.

Meskipun sudah mengetahui berada di pihak yang salah, namun perempuan Indonesia tersebut masih menegakkan benang yang basah.

Kali ini, dia memuatnaik sebuah video di TikTok yang dibuat bersama rakan-rakannya pula.

@masdalifahmdzubir #Allahu ♬ original sound – Masdalifah Md Zubir

Rakan-rakannya seolah mentertawakan netizen yang mengatakan perempuan Indonesia tersebut sebagai perosak rumahtangga orang. Mereka malah menyokong akan perbuatan rakan mereka tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi kata-kata semnagat kepada Masdalifah agar terus kuat dan segera mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas dua orang itu.

“serius ah, dia asik show off bf dia orang Singapore rupa2 nya laki orang weee”

“The power of social media! Benda senang senang boleh collect. Semoga tabah kak! Insha’allah semua dipermudahkan”


“KIFARAH ADA KAK STAY STRONG!! we all have your back”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.