Kadang kala, masalah yang tidak diingini berlaku sering terjadi saat kita keseorangan. Misalnya kereta rosak mahupun tayar pancit.
Terpaksalah menghubungi seseorang dan menunggu di tempat kejadian sehinggalah pertolongan sampai.
Persis kejadian yang sempat dirakam oleh dashcam seorang wanita apabila keretanya yang rosak dibantu oleh seorang jejaka baik hati.
Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh Anas Asnawi Gazali di Facebook, kereta wanita itu tiba-tiba kehabisan bateri di tengah-tengah lampu isyarat.
Beberapa minit kemudian, berlari seorang lelaki mengenakan baju hitam dan seluar putih ke arahnya untuk membantu menolak kereta ke tepi jalan.
Rupa-rupanya, lelaki tersebut ialah Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhammad Radhi.
“Saya tolak, saya tolak,” kata Radhi kepada wanita berkenaan.
Radhi kemudiannya pergi ke bahagian belakang kereta wanita berkenaan dan menolak kereta tersebut seorang diri.
“Effort tau tolak kereta waktu jammed dan panas terik ini. Mulianya hati nak tolong waktu panas terik sebegini,” tulis wanita itu di dalam video.
Pada ketika itu, anak lelaki Radhi turut turun dari kereta untuk melihat di mana ayahnya berada.
Sebaik Radhi mendukung anaknya, dia meminta si cilik itu pulang semula ke kereta mereka sementara dia menolak kereta wanita berkenaan.
Ketika menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan respons positif terhadap tindakan Radhi yang sudi membantu di tengah terik matahari walaupun tidak mengenali individu berkenaan.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook
“Yg tgk jer mmg ramai..yg nk menolong haram sorg pun xnk turun bantu ringankn beban org lain…ingat korg kne mcmni xde org tlg br tau ape rs…. tahniah radhi“
“Bagus dia tolong. Biasanya motor ada yang akan tolong. Takda pulak kali ni.”
“Hebatnya manusia ini, menolong dlm keadaan payah & tanpa mengenali Moga Allah limpahkan sebesar2 rahmatNya kpd insan ini“
“Radhi ni sebenarnye baik org nye..semoga kebaikkan dia allah je yg balas”
Video yang tular di laman Facebook