Benda yang paling merisaukan apabila berada di jalan raya adalah kereta rosak. Terkadang kereta baru pun ada yang bermasalah bahkan ada juga masa dimana kita ‘cuai’ untuk memeriksa kenderaan sebelum pergi ke sesuatu tempat.
Lebih perit apabila kereta rosak di saat poket kering. Bak kata pepatah, sudah jatuh, ditimpa tangga.
Tapi, tahu kah anda bahawa insurans yang anda perbaharui setiap tahun itu boleh membantu anda ketika kereta rosak dimana-mana sahaja anda berada.
Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki tampil mendedahkan dimana kita boleh menggunakan khidmat towing secara percuma dengan cara yang sangat mudah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @farqhan.com, Anda boleh hubungi pihak insurans yang lindungi kereta anda dan boleh mendapatkan khidmat ‘towing’ secara percuma.
Tapi yang penting anda hanya perlu tahu syarikat insurans yang anda pilih ketika hidupkan cukai jalan dan tahu nombor telefon pihak insurans terbabit. Jadi, tak perlu lagi untuk hubungi kawan-kawan atau panggil towing lain yang cas dengan harga mahal.
Dia juga berkongsi perkara itu di atas pengalamannya sendiri yang mana berdepan dengan situasi kereta rosak di tepi jalan.
Meninjau di ruangan komen, ada warga netizen yang baru mengetahui perkara tersebut dan berterima kasih atas info yang diberikan kerana sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai kelak.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang pernah mencuba melakukan perkara berikut sewaktu memerlukan perkhidmatan towing dan mereka menyifatkan cara itu tidak merugikan.
Antara komen warga maya:
“kalau kat highway yang ber tol, call polis highway diorang akan hantar towing sampai exit. Lepastu baru call insurance untuk towing sampai bengkel”
“pernah pakai perkhidmatan insurance ni.. setakat ni tak rugi lagi lah 3 tahun dah pakai insurance yang sama..”
“untuk 1st party insurance sahaja, 3rd party tak cover towing”
Video yang tular di laman TikTok: