Bahaya sememangnya tidak mengenal tempat dan waktu bahkan jika di rumah sendiri yang kita anggap selamat juga boleh berlaku insiden yang tidak diingini.
Sebab itulah kita sering diingatkan agar ‘extra’ berhati-hati apatah lagi berada di tempat awam. Bak kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna jalan raya diragut oleh seorang penunggang motorsikal mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @alamwakaka, dapat kita lihat seorang wanita yang sedang duduk di bahagian ‘seat’ penumpang hadapan sambil cermin kereta keret terbuka.
Bagaimana pun, siapa sangka dia telah diperhatikan oleh seorang individu yang menaiki sebuah motosikal yang berniat untuk meragutnya.
Namun, caranya meragut nyata membuatkan ramai seram apabila dia selamba menarik barang berharga wanita itu walaupun pada ketika itu kereta sedang bergerak perlahan.
“Kasi share bagi adik bawak moto ni femes. Kalau boleh tag dia sekali. Tipu ah kalau takde TikTok,” ujar pemilik akaun
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut dengan tindakan berani peragut tersebut malah berpesan pada orang ramai agar tidak membuka cermin terlalu luas.
Bukan itu sahaja, netizen juga sempat menasihati orang ramai agar meletakkan barangan berharga di tempat yang lebih tersorok agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Antara komen warga maya:
“Naik kereta walaupun tutup tingkap, still sorok2 beg.. taknak sampai boleh jadi umpan”
“Saya kalau drive buka tingkap sikit jeee tak berani buka besar gitu.. handbag mesti kat kaki.. ishhh takutnya..”
“Awal2 takde no plat belakang motor tu..”
“Wehhhh mudahnya dia raguttt serammmm sebab tu tak suka buka tingkap naik kereta..”
“Mak aku selalu sangkut dengan seatbelt.. pastu sorokkan sikit..”
“Sentiasalah berwaspada.. pantang je kita leka, ada je yang akan ambil kesempatan..”
“Senang nya buat kerja ya.. haihh berani sungguh”
“Uishhhh bapak berani mat motor tu..”
Video yang tular di laman TikTok: