Satu posting yang telah dimuatnaik oleh pengguna Facebook Ainil Hawa yang memaparkan dua foto seorang ibu mendukung anak ketika melakukan kerja menghantar makanan telah menarik perhatian netizen.
“Ibu ibu yg rasa struggle dalam mencari rezeki. Tengok pic ni muhasabah diri, bersyukur. Grabfood perempuan mencari rezeki dgn menggendong anaknya. Semoga dipermudahkan urusannya.”
Rata-rata meluahkan rasa simpati dengan keluarga ini yang terpaksa berkorban demi mencari rezeki.
Malah ada juga yang melahirkan rasa kagum dengan ketekunan mereka mencari rezeki halal tanpa memerlukan simpati orang lain.
Walaubagaimanapun tiada maklumat lengkap mengenai keluarga itu, dan Ainil Hawa sendiri sudah memadam posting berkenaan di atas sebab-sebab tertentu.
“Maaf ye kalau post ibu yg tolong suami nya buat grab food tu mengundang fittnah. Post tu sebenarnya sy sendiri pun ter inspirasi dgn kegigihan ibu tu sanggup bersusah payah sama2 menolong suami dgn membawa anak2. Jgn judge kita pun tak tahu kepayahan yg dilalui. Tiada batak like atau apapun. Maaf sekali lg sekiranya ada yg terguris jum kita sama2 amek semangat dan kegigihan ibu itu yea”