Kes berhubung majlis pernikahan pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah Pencetus Ummah (PU) Riz yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) masih belum selesai.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihak Timbalan Pendakwa Raya telah mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihak Timbalan Pendakwah Raya mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
“Kertas siasatan telah dihantar kembali kepada kami dengan beberapa arahan mengenai tindakan yang harus diambil.
“Kami akan menyerahkan kembali kepada DPP untuk tindakan selanjutnya minggu depan,” ujarnya seperti dipetik The Star.
Sementara itu menerusi pemantauan di Twitter, kebanyakan netizen bingung kerana kes masih belum ada keputusan biarpun majlis tersebut telah berlangsung lebih tiga minggu..
Rata-rata mereka membandingkan kes tersebut dengan kes pelanggaran SOP lain yang mana kompaun lebih pantas dikeluarkan.
Sekadar info, pada 13 April lalu, polis mencadangkan kompaun dikeluarkan kepada pasangan itu kerana gagal mengikut SOP yang ditetapkan ketika acara itu berlangsung.
Polis membuka kertas siasatan selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.
Sebelum itu juga, pihak keluarga pasangan berkenaan telah hadir di IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan pihak berkuasa.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Terdahulu, Neelofa Mohd Noor memohon maaf secara terbuka kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam penganjuran majlis pernikahannya dengan pendakwah PU Riz pada 27 Mac lalu.
Selain pelanggaran SOP majlis hari bahagianya itu, Neelofa juga mengakui kesilapannya merentasi negeri dengan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi awal minggu lalu.
Sehubungan itu, Neelofa dan PU Riz memohon maaf di atas kelemahan mereka kerana kurang menjaga sensitiviti masyarakat berhubung kedua-dua isu tersebut.
“Saya seikhlas hati memohon maaf atas kesalahan SOP, dalam pengetahuan saya atau di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini,” katanya melalui rakaman video yang diedarkan kepada media pada Jumaat.
Dalam masa sama, Neelofa menjelaskan, dia dan PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail akan menerima dengan hati yang terbuka segala keputusan dan tindakan daripada pihak berkuasa.
Bekas pengacara Meletop dan suaminya mengemukakan permohonan maaf selepas kedua-duanya selesai memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dua isu yang hangat diperdebatkan oleh netizen sejak beberapa minggu lalu.
Neelofa dan PU Riz selamat disatukan sebagai suami isteri pada 27 Mac lalu dalam sebuah majlis gemilang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Tidak berhenti disitu, namanya terus menjadi bualan hangat apabila, dia dan suami juga dikesan menjalani percutian di Langkawi.
Bagaimanapun, selebriti itu menegaskan, kunjungannya ke pulau legenda itu adalah atas tuntutan kerja.