Connect with us

Semasa

“Kes selesai, berhenti bercakap mengenai perkara ini” Isu Ustazah Merangkak, Suami Lapor SKMM

Sekitar semalam, satu video telah tular yang memaparkan seorang ustazah merangkak di dalam kelas.

Hal tersebut telah mendapat perhatian orang ramai termasuk warga pendidik dan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee sendiri.

Dr Maszlee turut mengulas mengenai isu tersebut dan berasa kecewa dengan kejadian yang berlaku.

Kes telah diselesaikan dengan baik 

Namun begitu, kes tersebut dikatakan telah diselesaikan dengan baik oleh kedua belah pihak sudah bertemu dan berbincang secara aman.

Ibu-bapa pelajar berkenaan telah berjumpa dengan ustazah tersebut dan mencapai kata sepakat untuk tidak memanjangkan perkara ini.

Kami berharap warganet berhenti bercakap

“Kes sudah selesai dan kami berharap warganet berhenti bercakap mengenai perkara ini,” kata suami kepada wanita yang didakwa menyebabkan seorang ustazah merangkak di sekolah agama di Parit 15, Hutan Melintang.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar minggu lalu dan video mengenainya tular di media sosial sejak semalam.

Menurut lelaki berusia 30-an yang enggan dikenali itu, kes berkenaan dianggap selesai dengan isterinya sudah menemui ustazah yang mengajar anak mereka untuk meminta maaf.

Kami sudah bertemu dan bermaafan semalam

Selain itu, lelaki tersebut turut serta dalam pertemuan itu untuk menyelesaikan perkara berkenaan tersebut dengan baik.

“Kami sudah bertemu dan saling bermaafan semalam. Saya harap semua pihak tidak lagi bercakap mengenainya supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan”, katanya menerusi Harian Metro

Kami berharap warganet berhenti menyebarkan video berkenaan

“Kami juga berharap warganet berhenti menyebarkan video berkenaan dan aduan sudah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sekatan,” ujarnya yang ditemui, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Ustazah berkenaan turut dihubungi untuk mendapatkan kepastian berhubung isu berkenaan.

Ustazah turut mengakui kes selesai, namun enggan mengulas lanjut

Ustazah itu mengakui perkara tersebut sudah diselesaikan dengan baik, namun dia enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan serta menyelesaikan isu yang berlaku.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhenti menyebarkan video berkenaan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan demi kebaikan semua pihak yang terlibat.

Kes ini telah selesai dan semoga kisah ini dapat memberi teladan dan pengajaran kepada semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.