Jika pergi ke kedai makan, pernah tak kita lihat meja yang kotor dan tidak terurus, air yang tumpah, makanan yang berselerakkan dan ada juga yang sampai jatuh ke lantai? Itu belum termasuk pelanggan yang ada anak lagi, ada segelintir yang membiarkan sahaja anaknya membuat sepah sehingga makanan berselerakkan dan air manis tumpah.
Perkara itu sendiri dapat mencerminkan siapa diri kita sebenarnya bahkan ianya sangat menambah ‘kerja’ pekerja yang bekerja di restoren itu.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang berkunjung ke ikea meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pelanggan yang meninggalkan sisa makanan dan pinggan kotor di atas meja makan mencuri perhatian ramai.
“Okay cerita dia macam ni. Jika ke restoran tu kita selalu nampak pinggan mangkuk dah makan tu pelanggan biar macam tu je kan. Dibiar bersepah, tinggal sisa makan.”
“Pekerja dah lah tak ramai, yang datang makan ramai pulak tu. Bukan susah pun, korang letak je atas troli tu lepastu korang hantar je dekat tepi tu (tempat disediakan).”
“Lepastu nanti dorang kemas lah. Senang kan kerja dorang lepastu Allah senangkan kerja kita pulak. Letaklah sampah dalam tonng sampah disediakan. Semoga kita menjadi pembersih walau dimana-mana,” luahnya
Sekadar info, restoran di Ikea berkonsepkan self-service. Jadi, korang perlulah pesan sendiri di kaunter dan juga meletakkan sisa makanan ke dalam tong sampah dan sebolehnya meletakkan pinggan di troli yang sudah disediakan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan kenyataan lelaki ini malah menasihatkan orang ramai agar lebih bertanggungjawab dan menjaga kebersihan.
Antara komen warga maya:
“Banyak kali nak makan kita kemas meja orang lain.. sebab tak ada meja bersih..”
“Time kita nak duduk mesti nak bersih dan selesa.. jadi sama macam orang liain juga.. nak bersih dan selesa”
“Kalau tak tau mana nak letak just susun in one tray so senang memudahkan satu kali angkat”
Video yang tular di laman TikTok: