Connect with us

Selebriti

“Kesalahan lama diungkit tidak adil” Terima Surat Permohonan Cerai di Hari Jadi, Ini Luahan Sharnaaz

Nampaknya isu rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih lagi tiada kesudahan selepas Sharnaaz enggan bercerai.

Sharnaaz mengatakan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina selama dua tahun.

Namun, lain pula cerita dari Nabila apabila dia mendedahkan tiada sebarang usaha berdamai dilakukan oleh Sharnaaz sepanjang setahun mereka tinggal berasingan.

Sharnaaz dengan tenang menafikan dakwaan isterinya kononnya dia tidak cuba menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Usaha untuk berbaik sangat subjektif. Apabila terjadi sebegini kita buat benda baik pun takkan nampak. Sebenarnya usaha itu ada. Daripada pihak saya, begitu juga dengan dia. Masing-masing cuba betulkan perhubungan tapi entahlah.

“Kalau tiada usaha, macam mana saya boleh sambut Aidilfitri bersama. Alih-alih pada bulan Ogos, iaitu pada hari kelahiran saya dan Jebat, saya menerima surat permohonan cerai dari Nabila.

“Ketika itu, menitik juga air mata dan apa yang saya fikirkan hanyalah anak, Jebat Jayden Ahmad. Keadaan yang sudah jadi baik bertukar sebaliknya dan saya sangat terkejut,” katanya kepada Astro Gempak.

Malah, Sharnaaz mendedahkan kemelut yang terjadi dalam rumah tangga mereka bukanlah berpunca daripada kesalahan besar tetapi hanya masalah kecil saja.

Bahkan, Sharnaaz juga berkata tidak adil jika kesalahan lamanya itu asyik diungkit.

“Saya hormat apa yang berlaku hari ini tapi bukan disebabkan saya. Mungkin ada kesalahan tapi ia hanyalah masalah kecil yang boleh dimaafkan.

“Biasalah, saya baru kali pertama menjadi bapa. Mungkin ada salah tapi saya perbaiki dan tidak mengulanginya lagi. Namun, jika kesalahan lama diungkit berkali-kali, itu tidak adil,” katanya lagi.

Sebelum ini Sharnaaz ada menjelaskan mengapa dia berdiam diri.

“Kenapa selama ini saya diam, semuanya kerana Jebat. Saya tak mahu nampak keburukan itu. Kejap lagi kalau saya bercerita buruk mengenai Nabila, impak itu pada Jebat. Dia akan tahu apa yang berlaku.

“Jadi daripada kita bercerita mengenai keburukan rumah tanga, dia masih lagi isteri saya. Tak kan saya nak cakap hal buruk mengenai dia? Kalau orang cakap buruk pasal isteri saya pun, pasti saya akan marah.

“Ini soal yang satu, kenapa kahwin? Kalau aku kahwin untuk bercerai, aku tak kahwinlah. Buat apa aku kahwin? Kalau semata-mata nak dapatkan satu kurniaan Allah depan mata untuk seksa dia? Bukan macam tu,” katanya.

Sharnaaz juga berkata hal perkahwinan bukan perkara boleh dibuat main kerana ia melibatkan tanggungjawab sebaik sahaja diijabkabulkan antara dua mempelai.

“Sebagai lelaki, apabila kita diijabkabul ia bukan rasa seronok. Sebaliknya, lebih kepada perasaan terharu sebab kita akan jaga anak orang dan mempunyai tanggungjawab.

“Selepas akad nikah, kita akan dengar lafaz taklik yang dibaca. Saya dengar dan ingat setiap ayat itu. Ketika ia dibaca itulah saya sedih. Adakah kita mampu untuk jalankan? Itulah yang buatkan saya terfikir dan kini ia sudah sampai ke situ.

“Yang boleh saya cakap, bila kahwin saya bukan nak bercerai. Tetapi kalau betul nak bercerai, bukan keluar daripada mulut saya,” katanya.

Semoga pasangan ini dapat menyelesaikan isu ini dengan baik agar anak tidak menjadi mansa keadaan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.