Connect with us

Viral

“Kesian anak kau dapat mak bebal” Bulu Mata Anak Dipotong Setiap Malam Sehingga ‘Botak’ Gara-Gara Ingin Lentik

Kebelakangan ini, ramai dari kalangan ibu bapa yang melakukan perkara yang tidak masuk akal pada anak mereka sehingga boleh mendatangkan kemudaratan.

Terdahulu, seorang wanita menjadi bualan ramai apabila dia memasangkan braces pada gigi anaknya yang masih kecil.

Tidak reda lagi isu tersebut, baru-baru ini tular pula satu video dimana seorang ibu menggunting bulu mata anaknya yang masih kecil itu hingga ‘botak’ kerana mempercayai dengan melakukan seperti itu, bulu mata anaknya akan menjadi lentik.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @ClarisaDewantari, difahamkan dia akan mengguntingkan bulu mata anaknya pada setiap malam ketika anaknya sedang tidur kerana baginya ia waktu yang sesuai dan memudahkannya untuk menggunting bulu mata.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap ibu kepada bayi tersebut yang seolah-olah tidak mempunyai ilmu dari segi ‘parenting’.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan ianya satu penganiayaan kerana bulu mata bayi terbabit sedia ada kerana fungsinya adalah untuk memastikan habuk tidak masuk ke mata.

Antara komen warga maya:

“belajar mana ni? fungsi bulu mata nak menapis habuk2 kecik dari masuk dalam mata.. kesian baby tu..”

“Ya Allah takutnya tercucuk mata”


“jangan la buat bukan2, aku risau betul la..”

“pelik2 betul.. bertabah la nak dapat mak pun macam hmmm”

Video yang tular di laman TikTok:

@clarisadewantarirutinan tiap kamis kliwon jumat legi,bulu matanya di potong dri bayi sampai 3x potong bulu mata♬ original sound – Panggilajasayang:v – PT.MiChat jawatimur

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.0M tontonan, 11.6K tanda suka, 1030 komen, 396 simpanan dan juga 276 perkongsian di platform TikTok:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.