Sejak kecil lagi kita diajar bagaimana caranya untuk melintas jalan raya apatah lagi bila di jalan yang besar dan sesak.
Selain melihat kiri dan kanan sebelum melintas, kita perlulah memastikan kawasan tersebut selamat untuk dilintas dan mempunyai laluan pejalan kaki melintas.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penunggang motorsikal kemalangan dek kerana sikap cuai wanita yang ingin melintas.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @malaysiavirall, dapat kita lihat perempuan tersebut jalan ‘menonong’ ketika ingin melintas malah tidak melihat kiri dan kanan.
Oleh kerana terkejut melihat dia melintas, sebuah motorsikal yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan akhirnya kemalangan.
Apa yang lebih menyakitkan hati adalah, wanita itu hanya melihat beberapa saat dan berlalu pergi seolah-olah tiada apa yang berlaku tanpa menyedari aksinya itu dirakam oleh kamera dashcam pengguna jalan raya yang lain.
Dapat juga kita lihat beberapa buah motorsikal berhenti untuk membantu lelaki tersebut yang terjatuh di jalan raya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pejalan kaki yang melintas itu kerana telah membahayakan nyawa orang lain.
Apa yang lebih membuatkan netizen ‘panas’ adalah dia seolah-olah ingin lari daripada kesalahan apabila hanya berlalu pergi tanpa membantu.
Antara komen warga maya:
Video yang tular: