Connect with us

Viral

“Kesiannya abi buat class sorang pun tak masuk.” Gadis Ini Join Kelas Gembirakan Hati Ayah

Penutupan sekolah oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disebabkan penularan pandemik Covid-19 memaksa pembelajaran secara atas talian dilaksanakan.

Oleh itu, para guru dan juga pelajar diminta untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara online di rumah.

Kegigihan guru diabaikan

Walau bagaimanapun, kegigihan guru-guru sering kali diperkecilkan oleh sesetengah pelajar apabila sekadar sambil lewa sahaja berkaitan pembelajaran atas talian jika guru membuat kelas online.

Di dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Nuha, dia telah menceritakan pengalaman bapanya yang hanya mengadap laptop tanpa ada seorang pun pelajarnya memasuki kelas tersebut.

“Kesiannya abi, dia buat class budak budak dia sorang pun tak masuk. Sampai abi nak kena call sorang sorang, tu pun diaorang tak angkat. diaorang tahu abi akan call diaorang kalau waktu hari ada class then diaorang mati kan fon.”

Telefon anak murid satu-satu

Bapa Nuha yang juga seorang guru bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menelefon anak-anak muridnya satu persatu selepas menanti hampir setengah jam.

Tengok la ni abi sorang je, class abi start 8:30 tadi now dah nak 9 lebih tapi takda siapa masuk.

Malah, apa yang menyedihkan apabila ada diantara mereka memberi alasan sedang bekerja dan ada juga langsung tidak mengangkat panggilan telefon tersebut.

Nuha daftar masuk

Nuha telah mendaftar masuk kelas online bapanya sendiri bagi menghiburkan sedikit hati bapanya yang sudah tentu sedih dengan keadaan tersebut.

Gadis tersebut ternyata berjaya setelah dapat melihat reaksi bapanya yang sedikit tergelak di hadapan laptop apabila melihat anaknya sendiri yang menyertai kelasnya.

Ramai yang join

Tweet Nuha kemudiannya menjadi tular di laman Twitter dan ramai yang masuk ke google meet kelas bapanya.

Nuha berterima kasih kerana menggembirakan hati bapanya walaupun dia sedang kecewa tiada pelajarnya ingin mengikuti kelas yang dibuat.


Menurut Nuha lagi, bapanya begitu teruja pada awalnya apabila meminta bantuan untuk menggunakan google meet. Namun, jadi sebak bila tiada pelajar yang berminat.

Student tak kenang budi

Rata-rata netizen bersimpati dengan guru tersebut yang ikhlas menjalankan tanggungjawabnya dan meyifatkan kebanyakan pelajar sekarang tidak mengenang budi.

Bahkan, ada yang berasa kesal dengan sikap sesetengah pelajar tersebut yang dilihat seolah-olah tidak mengambil berat tentang pelajaran mereka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.