Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya?
Sudah jadi kebiasaan seseorang yang bergelar artis, tidak lari dengan kecaman bahkan sudah lali dengan sikap segelintir masyarakat yang sebegini . Setiap yang dilakukan ada sahaja yang tidak kena.
Sama juga lah dengan kisah pelawak dan penyampai radio terkenal ini, Issey Fazlisham atau lebih dikenali sebagai Issey.
Keikhlasan Issey mendirikan rumah tangga dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak menjadi bual mulut para netizen.
Tempoh hari, Issey memuat naik satu komen di IG milik isterinya, komen netizen tersebut kononnya menyatakan rasa kesian terhadap nasib Issey yang terpaksa menanggung 3 orang anak tiri namun ianya boleh disifatkan komen yang agak biadap.
“Kesiannya Issey kena tanggung
tiga orang anak tiri…”
Issey membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa dia lebih bahagia dengan kehadiran tiga orang anak tersebut dalam hidupnya.
“Lagi happy ada lah sis.. “
Issey juga tekad untuk menggalas amanah setelah ketiadaan ayah kandung mereka. Mereka bergelar yatim setelah arwah bapa kandung mereka meninggal dunia akibat kemalangan .
Demi anak anak tirinya, Issey menginginkan mereka merasai kasih sayang seorang ayah . Usaha keras penyampai radio itu untuk memberikan yang terbaik buat ketiga tiga anaknya dapat dilihat menerusi perkongsian di IG Issey sendiri .
Issey juga meminta doa orang ramai supaya dia terus kuat menggalas amanah ini .
“Papa mereka ni meninggal dunia dalam kemalanngan. Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka. Doakan Issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ye…”
Sehubungan dengan itu, ramai dari warganet yang lain termasuklah rakan artis seperjuangan memberi kata kata semangat serta mendoakan yang terbaik buat Issey.
Malahj, ramai juga di antara mereka meminta Issey untuk mengabaikan segala ykomen yang tidak elok oleh netizen.