Connect with us

Viral

“Ketuk dengan hanger” Lelaki Sengaja Masukkan Tangan Nak Sentuh Jemaah Perempuan, Siap Selak Langsir

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Setiap kali pergi berjemaah di surau ataupun masjid, sudah tentu kita lihat ada satu penghadang untuk mengasingkan antara kaum hawa dan adam malah selalunya mereka akan dipisahkan dengan langsir bagi menjaga aurat wanita.

Pun begitu, tidak dinafikan masih ada yang sengaja mengambil kesempatan walaupun sudah diletakkan penghadang.

Sama juga dengan apa yang dilalui wanita ini dimana dia melihat tangan seorang di bawah langsir masuk ke ruangan muslimah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seornag pengguna TikTok iaitu @zuhailazainal, pada awalnya kelihatan tangan lelaki tersebut pelahan-lahan masuk ke bawah langsir yang terbuka sedikit sambil meraba-raba karpet masjid.

Semakin lama semakin dalam seolah-olah ingin menyentuh jemaah wanita.

Dapat juga kita lihat, dia menyelak kain langsir tersebut kerana ingin melihat jemaah wanita dan sengaja memasukkan tapak kakinya di bawah langsir itu.

Susulan ramai yang perasan dengan sikap biadap lelaki tersebut, jemaah wanita yang berhampiran mula menjauhkan diri supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

“Dimana mana pun kita berada, berhati2 lah para wanita..dari kecik pergi masjid ni, takda pun spesis macamni.. first time muncul ja ni.” ujar wanita ini di ruangan komen.

Video yang tular di laman TikTok:

@zuhailazainal Reply to @moshimoshi732 btw dari kecik pergi masjid ni, takda pun spesis macamni .. first time muncul ja ni. #fypシ ♬ original sound – ex?introvert

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.9M tontonan, 281.8K tanda suka, 4211 komen dan 2141 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap lelaki tersebut yang mahu menyentuh jemaah wanita yang berada di situ walaupun telah dipisahkan dengan langsir.

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang mengakui turut berdepan dengan situasi yang sama ketika berjemaah di masjid dan mereka memberikan ‘tips’ kepada kaum hawa agar perkara sebegini tidak berulang lagi.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Mungkin perlu ada akta boleh bawak kapak pergi masjid/surau nowadays. nampak tangan² centu terus kapakkan je.”

“dkt tmpt prmpuan ade hanger tebal ha amikkau kna ketuk dgn hanger, mmg ngam ar sakit tu dgn sakit hati kiteorg masetu”


“my anger issue could never aku rela bangun terus selak langsir tu”

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.