Connect with us

Bisnes

KhairulAming Raih RM7.5Juta Jual Sambal, Kini Buka Kilang Besar di Kelantan

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan selebriti media sosial dengan trademarknya “hey..whatsup guys” ini? Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mula popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana beliau tidak pernah lokek untuk berkongsi tutorial masakan yang mudah dan lazat.

Influencer yang disenangi ramai ini telahpun memulakan perniagaannya dengan penghasilan produk Sambal Nyet Berapi setahun yang lepas dan pada tiga bulan yang pertama dilancarkan beliau telah meraih RM1 juta.

Tidak hairanlah jika ianya mendapat sokongan orang ramai dan terjual dengan pantas dan sold out dalam masa beberapa minit setiap kali dikeluarkan.

Ternyata Sambal Nyet Berapi ini amat diminati oleh orang ramai.

Genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, Hari ini Khairul Aming berkongsi berita gembira menerusi video di laman media sosialnya yang kini beliau mampu untuk membuka kilang baharu yang lebih besar di Kelantan.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus menerus memberi sokongan terhadap produk sulung yang dikeluarkan olehnya sehingga kini yang telah terjual sebanyak 540,000 botol Sambal Nyet dan mencecah jualan sehingga RM7.5 juta!

Dalam perkongsian itu, beliau menceritakan semula perjalanan bisnesnya, lelaki ini berkata dia bermula dengan R&D sendiri di rumah, kemudian menyewa lot kedai sehingga lah mempunyai kilang seluas 14,000 meter persegi hari ini.

 

Menurutnya lagi, beliau memilih Kelantan kerana disitu ialah tempat beliau membesar dan membuka kilang tersebut dari ‘kosong’. Tujuannya bermula daripada kosong adalah untuk beliau belajar sendiri cara yang betul untuk set-up kilang; sama seperti mana beliau mula-mula berniaga Sambal Nyet tahun lalu.

 

Dia bagaimanapun mengaku banyak membuat kesilapan dalam tempoh itu persiapan kilangnya itu. Katanya ada tersilap membeli mesin, tersilap membeli material, tersilap design layout dan pelbagai lagi. Dia juga telah mengeluarkan kira-kira RM1 juta untuk operasi kilang.

Selepas membelanjakan lebih RM1 juta untuk kilang ini, akhirnya kilang tersebut sudah mulai beroperasi. Langkah seterusnya menurut Khairulaming adalah untuk mendapatkan sijil MeSTI dan halal pada tahun ini selepas renovasi kilang siap sepenuhnya.

Perancangan seterusnya, dia mahu fokus kepada persediaan di bulan puasa dan berharap dapat buat jualan 1 juta botol dalam masa yang terdekat.

Siapa sangka pemuda yang asalnya hanya memuatnaik video masakan kini sudah memiliki perniagaan yang bernilai jutaan ringgit. Satu pencapaian yang membanggakan sekaligus memberi inspirasi kepada pemuda-pemuda lain.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.