Connect with us

Semasa

Khatam Al-Quran Sebelum Pertandingan, Rahsia Datuk Azizulhasni Awang Tenang Di Olimpik

Menggalas tugas sebagai atlet negara bukanlah satu perkara yang mudah, ianyamemberi tekanan kepada para atlet kerana semua orang bergantung harap kepada mereka.

Umum mengetahui baru-baru ini Malaysia telah layak ke Sukan Oimpik Tokyo 2020 di Jepun dan jaguh berbasikal Malaysia iaitu Datuk Azizul Hasni Awang telah berjaya membawa pulang satu pingat perak.

Kehebatan ‘The Rocket Pocket Man’ tidak dapat dinafikan walaupun beliau tidak dapat membawa pulang pingat emas kepada negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Biarpun mempunyai tekanan yang banyak dari netizen kerana disaat itu hanya beliau satu-satunya atlet Malaysia yang tinggal dimana atlet yang lain sudah pulang ke tanah air, namun beliau tetap tenang menghadapi perlumbaan itu.

Terbaharu, Datuk Azizul Hasni ada memuat naik satu posting di akaun Facebook miliknya. Menerusi posting tersebut beliau menceritakan tentang saat-saat berada di Tokyo.

Katanya, menjadi seorang atlet bukan sesuatu urusan yang mudah dengan tekanan yang cukup besar, lebih-lebih lagi apabila bertanding di temasya sukan terbesar di dunia.

Bagi orang yang pernah berkecimpung dalam arena sukan pasti mengerti apa yang dimaksudkannya tidak kiralah sekecil apa pun kejohanan tersebut kerana tanggungjawab yang diberikan itu umpama bebanan di atas kepala yang perlu dibawa kemana-mana.

Namun netizen turut bertanya kepada Jagoan berbasikal itu apakah rahsia dirinya kekal tenang dengan situasi-situasi itu. Lalu jawapannya adalah Al-quran.

Khatam sebelum pertandingan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Menurut Azizul, semenjak kem latihan lagi beliau telah memulakan misi membaca Al-Quran dan harus khatam sebelum pertandingan bermula.

Namun, waktu bacaannya menjadi perlahan oleh kerana jadual aktiviti yang padat. Akan tetapi selepas tamat saja kem latihan dan terbang ke Tokyo beliau mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk membaca Al-Quran.

Katanya lagi, sepanjang berada di dalam kapal terbang menuju ke Tokyo, beliau tidak membuang masa begitu sahaja seperti tidur atau melakukan perkara yang tiada faedah, malah beliau membaca Al-Quran sepanjang perjalanannya.

Di samping itu, Menteri Belia dan Sukan iaitu Reezal Merican Naina Merican turut memberi kata-kata semangat dan beberapa tips setelah mengetahui misi Azizul untuk membaca Al-Quran.

Ujarnya beliau banyak meluangkan masa sepanjang berada di Tokyo dengan membaca Al-Quran walaupun pelbagai dugaan dan ada yang mematahkan semangatnya untuk terus membaca namun beliau tetap cuba lawan perasaan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

“Bila kita membaca Al-Quran ini bukannya mudah kerana banyak dugaannya. Ada saja bisikan yang cuba mematahkan semangat kita.

“Sebab itu bila kita baca Al-Quran pada bulan Ramadan amat berbeza berbanding bulan biasa. Apabila setiap kali ada perasaan ‘berat’, saya akan lawan dan lawan dan lawan.

“Waktu saya baca Al-Quran, seolah-olah saya berada di dunia vakum. Bukan vakum yang korang sedut debu-debu karpet dekat rumah korang tu, tapi dunia vakum yang dikenali sebagai hampagas dalam hukum fizik. Jauh pulak saya menyimpang, maaf.

“Tapi setiap kali saya membaca, saya tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya seolah-olah berada di satu dimensi,”

Katanya dengan membaca Al-Quran lah beliau dapat membuat jiwanya tenang sepanjang berada di Sukan Temasya itu dan sangat bersyukur kerana misi khatam Al-Quran berjaya sehari sebelum perlumbaan acara kemuncak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.