Connect with us

Viral

“Kifarah tu ada,” Suami Lafaz Talak Tiga Semasa Live, Wanita Ini Pasrah Undang Simpati Netizen

Ujian pasangan yang sudah berumah tangga akan sentiasa ada sesuai dengan pepatah Melayu sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Pun begitu, penting untuk suami dan isteri bersikap rasional dan saling berkomunikasi semasa meleraikan sesuatu masalah agar keputusan yang diambil tidak membuatkan pasangan tersebut menyesal di kemudian hari.

Baru- baru ini tular di aplikasi TikTok apabila seorang isteri yang mesra disapa sebagai Cik Put telah diceraikan oleh suaminya disebabkan wanita lain.

Apa yang lebih mengejutkan netizen adalah apabila bekas suaminya itu melafazkan talak tiga kepadanya!

@dd_endzReply to @yunieohhyunie talak 3 hampa ♬ original sound –

Seperti yang kita sedia tahu apabila talak tiga dijatuhkan oleh sang suami, maka rumah tangga tersebut tidak boleh diulangi lagi melalui rujuk.

Kejadian tersebut telah melibatkan Cik Put, bekas suaminya yang dikenali sebagai Enang dan isterinya baru Enang iaitu Janna.

Kisah tragisnya itu telah meraih simpati ramai netizen di TikTok. Mana tak nya, Cik Put telah diceraikan oleh Enang semasa Cik Put sedang melakukan sesi Live di TikTok sambil ditonton oleh hampir 3000 pengikut!

“Aku cerai hang talak tiga,”

@bu4y4gebuReply to @clarychan02 – semoga Kuat @cikputcantiksekali- besar Dugaan Yang Dia Lalui.,semoga Allah Permudahkan setiap Kesulitan.aamin ##fyp ##fypシ゚vir♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Kejadian tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna TikTok yang juga turut ada dalam sesi Live. Melihat daripada video yang dirakam, bekas suaminya itu bertindak terlalu melulu dan seolah-olah tidak menjaga sensitiviti bekas isterinya.

Dikatakan juga, Cik Put adalah isteri keempat Enang manakala Janna isteri Enang yang kelima. Enang juga digelar ‘buaya’ oleh netizen di TikTok kerana sentiasa berkahwin namun tak sampai beberapa tahun dia bercerai.

@merrrahhhhh##fyp ##enangjahanam ##westandforkakput♬ original sound – MERRRAHHHHH

Difahamkan juga Enang sudah menceraikan isterinya yang pertama, kedua dan ketiga.

Cik Put sempat meluahkan rasa sedih dan kecewanya sambil menangis menerusi sesi Live yang lain. Katanya, dia sangat setia dengan bekas suaminya itu.

Malah, dia menjaga makan dan pakai Enang dengan baik sekali. Selain itu, dia juga berkata dialah yang menaikkan nama suaminya itu di TikTok sehingga dikenali ramai.

@dd_endzcerita dia cmni.. no2 tu nak cikput dgn enang cerai.. kami tetap syg @cikputcantiksekalii semoga terus kuat cikput ❤️❤️❤️♬ original sound –

Ramai yang turut sebak melihat perkara tersebut terjadi terutamanya kaum Hawa. Mereka juga keliru mengapa Enang sanggup menceraikan Cik Put sedangkan Cik Put baik dan melayani anak tirinya, Bella dengan baik sekali.

Bella juga turut terkesan apabila ibu tiri yang dipanggil ‘Bonda’ itu diceraikan oleh bapanya. Menurut pengikut Cik Put, Bella rapat dengan ibu tirinya itu. Jadi tak hairanlah jika dia berasa sedih atas kehilangan Bondanya.

@merrrahhhhhHarini ini air mata aku menitis. Aku tak kenal siapa cikput secara personal. Tapi اللّهُ uji beliau. ##westandforkakput ##enangcantikasekali ##fyp♬ original sound – MERRRAHHHHH

Cik Put sempat meminta pengikut-pengikutnya untuk banned TikTok bekas suaminya itu dan menjelaskan dia terpaksa membuat begitu kerana Enang yang mulakan perkara ini dahulu.

Di ruangan komen pula, ramai yang menzahirkan rasa simpati kepada Cik Put serta mendoakan Cik Put agar tabah dan sabar menghadapi ujian. Netizen juga mengingatkan Cik Put bahawa balasan Tuhan itu ada dan Allah itu Maha Adil.

Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Perempuan kalau dh sedih sgt dia akn luahkn kat semua org. apa pn cik put kena kuat semua org syg cik put”

“sabar sis..karma tu ada..doakan yg baik2 .. tenang sis..move on..org mcm tu x kemn pon”


“talak 1 jela ni trs bg 3 skli nk rujuk mmg tak bole dah”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.