Connect with us

Viral

‘King’ Menyelit Di Blind Spot Lori, Tak Pasal-Pasal Kena Himpit

Ramai pengguna jalan raya gagal mengetahui titik buta kenderaan. Walhal peratusan kematian melibatkan titik buta adalah antara paling tinggi dilaporkan di negara kita, lebih-lebih lagi melibatkan muatan berat seperti lori.

Apabila berlanggar atau berselisih dengan kenderaan besar, semestinya kenderaan lebih kecil lebih teruk kesannya. Susulan itu, semua pengguna wajib memahami apakah titik buta lori untuk mengelakkan kemalangan tidak diingini.

Baru-baru ini, video yang dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah menjadi tular, menunjukkan pergerakan Perodua Myvi yang kelihatan bergegas keluar dari stesen minyak.

Apa yang menjadi masalah dan menarik perhatian netizen ialah kedudukan Myvi itu berada tepat di bahagian blind spot lori berkenaan sehingga menghalang penglihatan lori tangki itu dan menjadi punca kemalangan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berang dengan tindakan Myvi yang dilihat terlalu gopoh dan tidak mengambil kira ruang yang diperlukan kenderaan berat untuk meninggalkan stesen minyak itu.

Selain itu, ramai yang bersimpati dengan nasib pemandu lori berkenaan kerana dia mungkin dikenakan tindakan walaupun kemalangan yang terjadi bukanlah berpunca daripadanya sebaliknya kecuaian pemilik Myvi tersebut.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook

“Sendiri cari susah sendiri tanggung lah jawapnya. Hari2 memandu masih tak faham2 lagi.”

“Nohhhh…..padan muka dia…gelojoh sgt…🤣🤣🤣🤣🤣🤣

“Kesian kat driver lori.. Silap2 seminggu kene gantung kerja tanpa gaji.. Undang2 bawak lori tanker nie sangat ketat..”


Video yang tular di laman Facebook

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.