Baru-baru ini telah tular beberapa peniaga yang dikenakan kompaun atas kesalahan masing-masing oleh pihak berkuasa.
Apa yang menjadi perbualan hangat adalah perihal jumlah kompaun yang dikenakan kepada beberapa orang peniaga hingga viral di media sosial.
Kena kompaun RM50,000 kerana buka gerai lebih masa
Kisah yang paling mencuri perhatian ramai adalah kisah seorang peniaga burger di tangga rumahnya telah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000.
Difahamkan, peniaga burger yang digelar abang burger ini telah membuka gerai lebih masa pada hari tersebut.
Tular pendedahan mengenai abang burger
Ekoran dari kisah yang tular itu, ramai individu telah tampil mahu memberikan bantuan seperti golongan artis dan juga orang kenamaan.
Namun begitu, tidak berapa lama selepas itu kisah itu tular ada pula pendedahan yang dibuat menerusi media sosial mengenai abang burger.
Kenalan rapat dan jiran dedahkan
Difahamkan dakwaan tersebut didedahkan oleh orang yang dikatakan rapat dan juga jiran tetangganya berkenaan peniaga tersebut.
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, seorang pengguna akaun @mentoryazid telah memuat naik beberapa komen Facebook pendedahan yang dibuat oleh netizen berhubung ‘abang burger’ berkenaan.
Masih degil walaupun pernah diberikan amaran
Selain daripada didakwa memang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan berniaga lebih masa, lelaki itu juga dikatakan membuat banyak kesalahan lain.
Malah peniaga tersebut didakwa masih degil melakukan hal sama walaupun pernah diberi amaran oleh pihak berkuasa.
Muat naik gambar di restoran mewah
Menerusi perkongsian ‘abang burger’ dilaman sosialnya juga, dia dikatakan bukanlah dari golongan yang susah.
Abang burger dikatakan pernah memuat naik gambar sedang makan di restoran makanan mewah dengan jumlah bil mencecah Rm1,000 lebih.
Ada yang mulai bengang kerana sebelum ini seperti dianaiya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing berhubung isu berkenaan.
Ada yang mulai bengang kerana cerita sebelum ini terlihat seperti dianaiya. Ada pula yang bersangka baik mungkin peniaga ini pertama kali ke restoran mewah seperti itu.
Sedang siapkan tempahan pelanggan jam 11.10 malam
Terdahulu menerusi laporan dari Harian Metro, seorang peniaga burger meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dikenakan kompaun RM50,000 oleh pihak polis bagi kesalahan berniaga melebihi had masa ditetapkan.
Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, memaklumkan didatangi beberapa anggota polis ketika menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam.
Memang saya belum tutup kedai
Katanya, pihak polis kemudiannya mengeluarkan kompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Ketika itu tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang.”
“Memang saya belum menutup kedai namun meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar ke pekerja kilang.”
Musim PKP beniaga bukannya laris
“Saya agak terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana seperti sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, anggota polis yang hadir ada memaklumkan terdapat laporan daripada pihak tertentu yang mengatakan kedai burger miliknya beroperasi lebih masa ditetapkan.
Kompuan dikenakan kerana kes berulang
“Anggota polis itu juga memberitahu, kompaun sejumlah itu dikenakan kerana kes berulang.”
Memang ketika PKP sebelum ini saya sudah dikenakan kompaun RM1,000, juga berkaitan kesalahan sama.”
Pendapatan saya hanya menjual burger
“Namun saya tidak menyangka kali ini dikenakan sehingga RM50,000. Sudah tentu saya tidak mampu membayarnya kerana pendapatan saya hanya dengan menjual burger.”
“Saya merayu kompaun ini dipertimbangkan semula, jumlah ini memang terlalu tinggi daripada kemampuan saya,” katanya.
Lebih masa, buka meja dan tidak sediakan penyukat suhu
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kes kompaun berkenaan.
Katanya, untuk kompaun kedai yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu, memang jumlah kompaun pada kertas saman ditulis RM50,000 iaitu jumlah maksimum.
“Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maksimum RM10,000. Bagaimanapun, peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).”