Connect with us

Viral

[VIDEO] “Maaf kami terpaksa rahsiakan..” Anak Sebak Hanya Tahu Mak Tiada Selepas Kebumi

Kehilangan orang yang kita sayang lagi-lagi ia merupakan ibu bapa yang tercinta merupakan momen yang sukar untuk diterima.

Namun, sebagai hambaNya kita perlu akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Seperti perkongsian seorang wanita di laman TikTok, dikenali sebagai Dielah Midi berkongsi sebuah video yang mengundang sebak dan meraih perhatian netizen.

Menerusi video tersebut wanita ini, membawa tiga kanak-kanak menziarahi kubur arwah ibu mereka dan menjelaskan dia ‘terpaksa’ merahsiakan perkara tersebut selama beberapa hari.

Difahamkan, kanak-kanak ini sama sekali tidak mengetahui ibu mereka sudah dijemput Sang Pencipta.

“Harap anak-anak arwah kuat yaa Megat baru tahu mama dia dah meninggal. Maaf Megat kami semua terpaksa merahsiakan selama beberapa hari ni.”

@dielahmidiharap anak2 arwah kuat ya😭😭megat baru tahu mama dia dah meninggal..maaf megat kami smua terpaksa merahsiakan selama beberapa hari ni🥺♬ Bila Tiba – UNGU

Video tersebut bagaimanapun, meraih puluhan komen yang bertanyakan mengapa dia (wanita) berbuat demikian.

Rata-rata netizen meninggalkan pandangan yang pelbagai di ruangan komen.

“Sampai Hati Korang buat adik ni macam ni, kalau mak Kau mninggl org Tipu cakap dia hidup n last dah Tanam semua BRu cakap tkde Baru tau macam mna rasa.”

“Aku paling pantang orang rahsiakan kematian. Korang taknak dia rasa terganggu la konon, kau tak tau rasa menyesal seumur hidup dia macam mana.”

“Tu lah, kau sibuk risau dia sedih masa tu. habis masa yang seterusnya? Baik aku sedih time exam dari aku menyesal tak jumpa mak aku utk kali terakhir.”

“Sedihnya, tak adil untuk dia. masa atuk saya meninggal masa kecil dulu, saya taknak cium dia pun buat kali terakhir. skrg sampai besar saya menyesal.”

Namun menurut wanita ini, apa yang dilakukannya adalah bersebab dan menjelaskan kanak-kanak itu sudah mula menerima kenyataan.

“Kami rahsia bersebab, alhamdulillah Megat dah boleh terima kenyataan. Boleh ingat mamanya boleh diselamatkan lagi kat hospital, pun diorang ada cuma Megat tu ingat mama masih di hospital.”

Menerusi satu video lain yang dikongsi memaparkan reaksi gembira kanak-kanak ini yang menerima baju baharu.

@dielahmididah terukir senyuman di bibir anak2 arwah..ada yg derma baju untuk mereka🥺♬ original sound – @imadduddin05

“Dah terukir senyuman di bibir anak-anak arwah ada yg derma baju untuk mereka.”

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.