Connect with us

Viral

“Bini tua buat tak reti je..” Suami Terlantar Str0k, Isteri Muda Menyesal Terpaksa Jaga

Poligami antara perkataan yang agak sensitif untuk kaum wanita. Namun begitu, ada juga segelintir yang sanggup berkongsi kasih sayang dan tetap bahagia dengan kehidupan bermadu.

Ada pula yang sanggup bermadu dengan seikhlas hati dan turut berkawan baik dengan madunya sendiri.

Bermadu hanya kerana kekayaan suami

Namun begitu ada juga yang mempunyai hubungan yang hambar dengan madu mereka dan ada pula yang sanggup bermadu kerana harta kekayaan si suami.

Setiap perkahwinan akan mempunyai cabaran masing-masing termasuk mereka yang berkahwin atas dasar harta bende semata.

Menerusi satu perkongsian di laman dari group Kami Suri Rumah, seorang pengguna bernama Mai Zura berkongsi kisah seorang lelaki yang mempunyai dua orang isteri.

Isteri muda diuji apabila suami mengalami masalah strok

Kisah yang dikongsikan merupakan luahan hati seorang isteri muda yang berumur 28 tahun mengahwinan seorang lelaki berumur 55 tahun.

Tanpa diduga, isteri muda ini diuji apabila suaminya mengalami masalah strok dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Wanita 28 tahun ini terkilan kerana isteri tua seolah-olah lepas tangan dan dia terpaksa akur menjaga suaminya itu

Saya 28 tahun dan suami 55 tahun

“Salam admin, saya berumur 28 tahun, baru kahwin 3 bulan dan suami umur 55 tahun.”

“Sekarang saya still kat hospital, suami kena tahan wad sbb strok. harini doc dah nak bg blk.”

Nanti saya kena jaga makan minum dan tukar pampers

“Smlm nurse dh ajar cara bg mkn gna tiub dan cara nk alih suami stiap 4 jam xbg ada luka bedsore.”

“Blk rumah nanti saya yg kna jaga dia semua. Makan minum dan tukar pampers.”

Bini tua dia dah lepas tangan

“Suami sy hny bleb buka mlut buat bunyi je. Dia ckp apa pun kmi dab xphm, tgn kaki dah xleh gerak.”

“Bini tua dia dah lps tgn, dia to org kaya. Boleh je dia nk uph nurse jg suami dia tp sje je dia buat xreti.”

3 bulan lepas hidup saya senang je

“Kereta suami sy dia ambil, mntg2 kereta to nama dia. Dia pindah trus duduk rmh lain. kt wad ni hr pertama je nmpk muka. Lagi 3 hr sy je hari2 tunggu.”

“3 bulan Ips hdup sy sng je xde smua ni.. tba2 sy mcm dah dpt ank sorg. makan kna suap.. pampers kna tukar.”

Serius saya rasa macam kena tipu

“Serius saya rasa mcm kna tipu, sblm kawen suami ckp dia ada kereta ada rumah besar.”

“Dah kawen saya dapat rumah kembar 2 je, yang banglo 2 biji , bini tua tak bagi sentuh.”

Kereta pun tak ada nama suami

“Smpaikan kereta pun xda nma suami, ni klau discas ptg ni ntah nk blk dengan apa. xkan grab nk ambil kot klau dah trbaring mcmni.”

“Suami pun kuat mnipu, dia xcrita pun dulu dia ada darah tinggi kncing mnis smua ni.Skrg dah bila terlantar mcmni, memang nasib malang la saya.”

Sementara itu, isu berkenaan turut diulas oleh Mai Zura yang turut memberikan pendapat beliau mengenai isu berkenaan.

Buat perempuan muka tak tahu malu

“Sy setuju dgn statment nie. Buat perempuan-perempuan muka tak malu yang pilih untuk berkahwin dengan suami orang.

“Suami yang nampak macam kukuh kewangannya dengan niat untuk menumpang senang. Nak shortcut, taknak rasa hidup susah kononnya.”

Kalau bini tak bantu kebuluran sekeluarga

“Awak nampak dia kerja bagus, gaji besar, tapi awak tak tau betapa banyak komitmen aka hutang yang dia kena bayar tiap bulan.”

“Entah-entah gaji habis ke hutang. Kalau bini dia tak bantu, kebuluran sekeluarga. Tinggal spendot je lelaki tu, habis semua kena gadai.”

Ada suami bergaya bawa kereta isteri 

“Awak nampak dia bawa kereta besar. Tak semestinya kereta tu atas nama dia ye. Ada ramai suami bergaya ke hulu-ke hilir bawa kereta isteri. Atas nama isteri.”

“Isteri bayar tiap bulan. Silap haribulan minyak dengan touch & go pun isteri yang sediakan duit.”

Mungkin rumah besar atas nama isteri

“Awak nampak rumah dia besar, tak semestinya rumah tu dia yang punya ye. Mungkin rumah tu nama isteri.”

“Dia cuma cuci kaki masuk jadi king. Zaman sekarang ada ramai wanita hebat yang punya 2 3 biji rumah.”

Awak goda laki dia 

“Awak nampak banyak emas kat badan isteri dia? Rantai tangan coco bling bling berat 80 gram. Cincin besar macam mak datin.”

“Awak pun goda laki dia dengan harapan awak pun akan dapat benda yang sama. Rupanya non hado.”

“Emas berlian tu semua bini dia beli pakai duit sendiri diknon. Harapkan laki dia? Kempunanlah jawabnya.”

Rupanya selama ini semua guna duit bini

“Awak tengok kat fb lelaki tu selalu jalan-jalan holiday bawak anak bini. Eh, bestnya kalau kawin dengan dia ni. Boleh jalan-jalan obersea.”

“Nanti jangan bila dah kawin, awak gigit jari. Rupanya selama ni yang jalan-jalan tayang kat fb tu semua guna duit bini.”

“Takkan awak nak buat muka tak malu tumpang madu berjalan? Dahlah awak rampas suami dia?”

Suami nampak kemas sebab kat rumah ada isteri jaga makan pakai

“Awak tengok lelaki tu nampak kemas, segak, bergaya. Ketahuilah bahawa dia nampak kemas sebab kat rumah ada isteri yang jaga makan pakai dia.”

“Terjaga dengan baik sebab ada isteri yang baik di belakang dia, sentiasa sokong dia. Membahagiakan dia. Bersusah-senang bersama.”

Tak usah dirampas hak orang

“Setia di sisi waktu baru kawin, waktu takde apa-apa. Nanti dah kawin awak taulah rupanya dia selekeh gile. Spendot pun masuk dalam mesen basuh masih bergulung.”

“Tak usah dirampas hak orang. Cari kebahagiaan sendiri. Jangan hancurkan hati wanita yang lain.”

Jangan bina kebahagiaan atas air mata wanita lain

“Jangan bina kebahagiaan atas air mata wanita lain. Awak nak hidup senang? Usaha. Atau cari lelaki bujang yang kaya. Bukan suami orang.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.