Ada segelintir masyarakat masih mempunyai pandangan sini terhadap lelaki yang berperwatakan lembut.
Malah ada yang melabel golongan ini dengan perkataan tidak elok seperti ‘pondan’ atau ‘mak nyah’.
Tidak semua lelaki lembut mempunyai naluri suka kaum sejenis
Namun begitu, hakikatnya tidak semua lelaki yang lembut tergolong dalam kalangan yang suka kaum sejenis.
Ada diantara mereka hanya mempunyai perawatakan yang lembut namun naluri mereka sama seperti lelaki lain yang mahukan sebuah keluarga bahagia sama seperti orang lain.
Jadi, masyarakat tidak perlu memandang dari luaran dan menghakimi mereka hanya kerana perwatakan mereka sebegitu.
Sedih melihat isteri menjadi mangsa kecaman orang ramai
Begitu juga dengan kisah seorang lelaki ini yang meluahkan rasa sedihnye mengenai isu berkenaan dan kisah itu telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Ar Kir di akaun TikToknya, dia meluahkan rasa sedih mengenai persepsi masyarakat mengenai dirinya dan isteri.
Lelaki ini sedih apabila isterinya menjadi mangsa kecaman orang ramai kerana telah bersuamikan lelaki lembut.
Isterinya sentiasa bersabar dengan mulut orang luar
Menurutnya lagi, dia mengakui berasa kasihan melihat isterinya sentiasa bersabar dengan mulut orang luar yang sering menilai orang dengan sesuka hati.
Oleh itu, dia turut nekad untuk mempertahankan rumah tangga mereka agar mereka berdua kekal bahagia.
Isterinya tidak malu walaupun memiliki suami berperwatakan lembut
Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan tetap bersyukur dan berterima kasih kepada isterinya.
Ini kerana isterinya merupakan insan yang menerima dirinya seadanya serta tidak malu memiliki suami yang berperwatakan lembut seperti dirinya.
Awak malang dapat suami macam saya
“Orang hina saya lembut. Awak malang dapat suami macam saya. Awak menangis sedih orang hina saya. Tak apa mereka nak hina, Allah ada. Saya reda.”
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat terhadap pasangan berkenaan.
Netizen puji lelaki ini layan isterinya dengan baik
Malah ada juga di antara mereka yang memuji lelaki berkenaan kerana melayan isterinya dengan baik dan lembut.
Malah mereka turut menitipkan doa supaya pasangan ini akan kekal bahagia dan tidak menghiraukan kata-kata masyarakat sekeliling mengenai isu berkenaan.
Perkongsian video mengenai isu berkenaan di aplikasi TikTok itu telah meraih hampir 250,000 tontonan setelah dimuat naik 24 jam lepas.