Connect with us

Viral

[VIDEO] Suami Tak Pernah Beri Nafkah & Mahu Gugurkan Kandungan, Wanita Sarat Hamil Rela Bercerai

Setiap pasangan yang berumahtangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka.

Malah, detik-detik indah itu terus menjadi impian kepada mereka yang masih berusaha untuk memiliki cahaya mata di luar sana.

Zuriat yang dilahirkan umpama pintu rezeki dalam sesebuah keluarga dan bakal menyambung keturunan pasangan ini.

Setiap pasangan diuji dengan cara yang berbeza

Walaubagaimanapun, setiap pasangan mempunyai perjalanan dan ujian mereka sendiri dalam berumah tangga.

Ada yang menunggu bertahun-tahun lamanya untuk mendapat cahaya mata, ada yang diberikan awal rezeki anak namun ujian lain yang datang pula.

Begitu juga dengan perkongsian wanita cekal dikenali sebagai Opalopal menerusi video di laman TikTok ini.

Suami minta untuk gugurkan bayi yang sudah masuk tujuh bulan

Wanita ini menceritakan sisi berbeza apabila suaminya meminta untuk dia mengugurkan anak yang dikandungkan yang sudah memasuki tujuh bulan.

Pada awalnya dia sama sekali tidak menyedari perutnya yang semakin membesar saban hari dan tidak menjangkakan yang dia sedang mengandung.

Ingatkan perut kembung tapi makin lama makin besar

Jelas wanita itu, dia mula musykil dengan keadaan perutnya, wanita muda ini mengambil keputusan untuk pergi membuat pemeriksaan di klinik.

“Mula-mula ingat perut kembung, tapi makin lama makin besar.”

“Akhirnya aku pergi buat pemeriksaan dekat klinik dan doktor beritahu aku sedang mengandung memasuki bulan ketujuh.”

Tidak sabar mahu beritahu suami berita gembira itu

Penjelasan doktor ketika itu, yang menyatakan dia sedang mengandung membuatkan dia berasa gembira dan mahu menceritakan saat indah ini kepada suaminya.

Walaubagaimanapun, dia tidak menyangka respon yang diberikan si suami membuatkan dia tergamam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya.

Suami mahu cerai jika kandungan tidak digugurkan

Wanita ini tidak menyangka sama sekali ini perkara sebegini akan berlaku kepadanya hanya kerana dia disahkan mengandung.

“Selepas itu, aku beritahu suami tapi dia siap cakap kita cerai saja kalau kandungan tersebut tidak digugurkan.”

Rela berpisah dari gugurka kandungan untuk penuhi kehendak suami

Kongsi wanita ini lagi, dia lebih rela untuk berpisah daripada ‘terpaksa’ mengugurkan kandungannya semata-mata memenuhi kehendak suaminya yang disifatkan sebagai tidak wajar.

“Tapi aku memutuskan untuk cerai daripada harus digugurkan kandungan.”

“Ini kerana anak adalah anugerah dan amanah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. yang perlu dijaga dan disayangi dengan sebaik mungkin.”

Tidak mengalami sebarang alahan

Menerusi video yang lain, wanita ini sempat menceritakan sepanjang mengandung dia sama sekali tidak mengalami alahan-alahan seperti ibu mengandung yang lain.

Dia hanya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor susulan rasa sakit di bahagian perut.


Alasan suami adalah belum sedia punya anak

Apa yang lebih menyedihkan, apabila si suami sempat memberikan alasan dia belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata kepada wanita ini.

“Alasannya dia belum sedia punya anak. Dia juga tak pernah bagi nafkah dekat aku daripada mula kahwin sampailah kami cerai.”

@opalopal_10harus kuat walaupun tidak ada suami🥺😭 ##fypシ ##viral ##wanitakuat ##wanitahebat ##semangatberjuang ##xyzbca♬ Di sound ini banyak orang2 kuat – MILKAAAA

 

Hampir 2 juta tontonan

Perkongsian video di aplikasi TikTok ini telah meraih hampir 2 juta tontonan setakat dimuat naik.

@opalopal_10🥺 ##wanitakuat ##wanitahebat ##wanitatangguh ##wanitasabar ##semangatberjuang ##fypシ ##viralin ##beradafypシ ##xyzbca♬ original sound – SusanGrace23

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa ibu ini.

BACA: Pakaikan Emas Nak Elak Kerap Sakit, Ibu Tergamam Anak Tertelan Emas & Tersangkut di Perut

Selain itu, mereka turut mendoakan agar bayi dan ibu dalam keadaan sihat dan dipermudahkan semua urusan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.