Connect with us

Semasa

“Kita akan saman, nurfarazilla masih isteri saya” Kes Belasah Doktor, Lelaki Dakwa Laporan Tidak Tepat

Beberapa hari lepas telah tular satu video beberapa orang lelaki yang memblasah seorang doktor.

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu terjadi kerana suspek cemburu dengan doktor tersebut yang dikatakan mengenali bekas isterinya.

Namun, semalam menerusi akaun Facebook Amir Fakhrurrazi, dia mendakwa wanita tersebut masih isterinya yang sah dan akhbar tersebut telah mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.

Malah menurut Amir, dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang membuat laporan palsu terhadap dirinya.

“Tunggu kita akan saman…. nurfarazilla masih isteri saya yg sah Dan saya bukan gila talak…bapa mentua nk makan pau 100k”

“Dr fazdlin nurfarazila dan bapa mentua..jgn sedap duduk kita Ada sprm, cuba memalsukan medical report kes fasakh”

“Minta kawan2 share moga Allah permudahkan urusan saya Dan kita semua amin”

“Dari sudut undang-undang:

1. Harian metro telah mengeluarkan satu kenyataan yang tidak tepat, menyalahi fakta dan mengelirukan.
2. Dengan ini, saya tegaskan bahawa, suspek mengambil tindakan tersebut kerana doktor tersebut telah menjalinkan hubungan sulit dengan isteri beliau.
3. Kenyataan “bekas isteri” adalah salah sama sekali kerana wanita tersebut adalah dan masih isteri yang sah kepada suspek.
4. Tuntutan kes fasakh kononnya didera oleh suspek juga adalah tidak benar kerana suspek telahpun memenangi kes fasakh beliau termasuk hak penjagaan anak. Laporan sprm juga akan menyusul kerana doktor tersebut disyaki terlibat dalam pemalsuan repot. Mahkamah syariah telah menolak repot doktor tersebut.
5. Kenyataan bahawa mangsa tidak sedarkan diri juga adalah tidak benar kerana doktor tersebut hanya mengalami luka ringan dan bukti-bukti telahpun diperolehi.
6. Doktor juga dipercayai bahawa telah melakukan provokasi kepada suspek beberapa kali sehingga suspek hilang kawalan diri dan bertindak memukul doktor tersebut.
7. Tindakan undang-undang terhadap penyebar-penyebar berita palsu (fake news) dan tidak tepat akan diambil dan bukti-bukti telahpun diperolehi.
8. Pihak suspek menyerahkan segalanya kepada siasatan polis dan akan beri kerjasama sepenuhnya.

Peguam.
30/1/2019

Rata-rata netizen memintanya bersabar dengan ujian dan mendoakan dipermudahkan semua urusan.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.