Beberapa minggu lepas, isteri kepada pelawak Shuk Sahar membuat pendedahan berani mengenai kecuranngan suami buat kali kedua.
Kisah tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpanya.
Bahkan, mereka turut memberi kata-kata semangat memohon isteri, Rossalennah Natassyiah supaya tabah.
Namun, tidak lama selepas itu, pasangan suami isteri ini dilihat kembali berdamai malah Shuk berjanji untuk berubah dan setia demi keluarga tersayang.
Isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah atau lebih mesra disapa Sera mengundang kecamman apabila didakwa menempelak sebilangan komen yang mengkritik dirinya.
BACA: “Suami Saya, Hak Saya” – Netizen Bengang Isteri Buat Video TikTok ‘Back-Up’ Shuk Sahar
Menerusi muatnaik terbaru di Instagram, Sera tampil mempertahankan diri dan menegaskan video yang tular di Tiktok itu sudah lama dirakam.
Sera menjelaskan, video tersebut dimuat naik pada 14 Disember 2020 dan tiada kaitan dengan sindir menyindir.
“Assalamualaikum. Sera nak betulkan semula. Ada yang kata sera perli netizen pasal buat video ni. Sedangkan video ni 14 december 2020.
“Kenapa xda yg nak betulkan bila sera cakap video ni fitnnah. Memang nak pickup cerita yg fitnnah ja. Kebenaran korang xnak pickup pula takut kena balik pula sebab share info x betul.”
“Saya pun tau risiko apa akan jadi sebelum buat sesuatu. 4 tahun ak jaga aib. Bila jaga aib makin kena provoke mcm2. Ak diam sbb bila ak bsuara dulu orang cakap buka aib.
“Bila ak diam PELAKOR BERTEPUK TANGAN PADAN MUKA SEBAB X BERANI BERSUARA. Dan smp mati la isteri dalam dunia takut bersuara. Kalau kes isteri curanng, cekin dengan lelaki lain d luar sana, ak rasa lelaki pun x boleh nak TAHAN la ada perempuan sanggup buat mcm tu.
“TOLONG kesian dulu nasib para isteri yg duduk rumah, jaga anak2, cari duit sendiri menjual sana sini!!! Kalau diam sampai mati pun makan hati la oii. Bahagia ka mcm tu. PELAKOR TEPUK TANGAN!!!!!!”
Menurut Sera, dia sedar akan risiko yang dihadapinya apabila mendedahkan kebenaran mengenai rumahtangga.
Tambahnya sudah empat tahun dia hanya berdiam diri demi menjaga nama baik suami.
Jelas Sera lagi, jika benar dia bertahan kerana duit suami sudah tentulah dia goyang kaki sahaja di rumah.
Jika benar dia mata duitan, dia sendiri tidak akan mengusahakan perniagaan secara online. Bahkan, dia pernah menghulurkan bantuan ketika suami dilanda kesusahan.
Terdahulu, pengurusan radio milik Media Prima sudah membuat keputusan menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.
“Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian,” kata pelawak popular, Shuk Sahar berhubung penamatan kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM yang berkuat kuasa hari ini.
Shuk, 35, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan beranggapan itu keputusan terbaik pihak pengurusan stesen radio terhadap dirinya.
“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya.
Terdahulu, Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd. Tahrim dalam satu kenyataan berkata, keputusan penamatan kontrak Shuk dicapai selepas siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.
“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini.
“Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.
“Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya.
Pada 24 Januari lalu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial.
Isnin lalu, Hot FM mengumumkan penyanyi dan pelakon Mark Adam merupakan penyampai baharu segmen Geng Pagi Hot (GPH).
Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengunduran Shuib pada hujung Januari lalu.
Dalam pada itu, Anida berkata pemilihan Mark Adam sebagai penyampai GPH dapat memberikan nafas baharu buat stesen radio berkenaan.
“Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam. Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH.
“Harapan kami agar para pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” ujarnya.
Shuk terpalit dengan isu selepas tersebarnya video dia berlaku curanng terhadap isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan didakwa mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.