Bercuti bersama kawan-kawan memang tidak salah. Namun haruslah kena dengan caranya. Jangan keterlaluan sehingga menimbulkan kurang senang orang ramai.
Dalam pada kita berseronok meluangkan masa dengan rakan-rakan, kita turut dinasihatkan untuk menjaga adab ketika di ‘tempat’ orang.
Seperti yang terjadi di Langkawi, Kedah baru-baru ini dimana sekumpulan pemuda berbangsa India dilihat mengadakan ‘parti liar’ di sebuah homestay.
Menerusi video yang dikongsi di Facebook Info Terkini Apa Hari Ini, dilihat kolam renang homestay tersebut dipenuhi dengan tin minuman beralkohol!
Video memaparkan mereka yang terlibat sedang bersuka-ria mandi di dalam kolam renang sambil mendengar lagu rancak.
Bukan itu sahaja, malah kereta berjenama Toyota Vellfire yang disewa mereka turut dijadikan seperti harta sendiri.
Sebaik sahaja kantoi dengan pemilik kereta, mereka serta merta dimarahi dan diminta keluar daripada kenderaan tersebut.
Menurut sumber, pemuda-pemuda berkenaan sudah pun diboikot oleh ejen-ejen kereta sewa dan homestay di Langkawi gara-gara sikap tidak bertanggungjawab mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengecam perbuatan sekumpulan pemuda tersebut kerana berani merosakkan harta benda orang lain.
Dalam pada itu, netizen berpendapat untuk tidak menyebut tentang bangsa agar tidak menimbulkan isu perkauman.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook
Hantaran yang tular di laman Facebook