Connect with us

Viral

Kongsi Detik Cemas, Wanita Terperangkap Dalam Banjir Sebelum Akad Nikah Raih Perhatian Ramai

Bagi mereka yang ingin menamatkan zaman bujang dan melangkah ke alam perkahwinan, sudah pasti mengharapkan agar majlis yang bakal dilakukan berjalan dengan lancar.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, sudahlah hanya sekali seumur hidup dan ianya merupakan hari bahagia dimana penyatuan dua hati yang selalunya dihadiri ramai orang. Tentunya kita mahukan majlis yang ‘smooth’ seperti yang dirancang.

Pun begitu, tidaklah semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Bak kata orang, perancangan manusia adalah usaha, perancangan tuhan adalah takdir.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terperangkap di dalam kereta ketika banjir mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sikseekerrr, difahamkan situasi tersebut berlaku pada waktu pagi sebelum akad nikahnya berlangsung.

Wanita tersebut perlu berada di masjid pada pukul 10 pagi dan dia keluar daripada rumah pada pukul 6:10 pagi untuk pergi make up ke sebuah studio yang berada di pekan.

Dalam perjalanan ke sana, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya sehingga menyebabkan air masuk ke dalam kereta membuatkan dia dan beberapa orang rakan terperangkap.


Mujurlah ada sekumpulan remaja yang menaiki motorsikal turun dan membantu menolak keretanya ke tepi.

Lebih perit apabila dikatakan beberapa dulang hantaran, kasut, baju pengantin serta bunga tangan turut ada di dalam kenderaan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut cemas melihat air yang naik dengan cepat sehingga melepasi paras pinggang wanita itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga menghemburkan nafas lega apabila terdapat beberapa anak muda yang membantu orang awam yang terperangkap di dalam banjir termasuklah wanita ini.

Antara komen warga maya:

“Alhamdulillah semuanya selamat..”

“Mesti still trauma kan.. tambah2 masa hari bersejarah..”

‘Ni boleh cerita kat anak cucu.. memang betul2 rare..”

“Allah hadirkan orang yang baik ketika sis dalam kesusahan.. mungkin itu asbab dan kebaikan yang pernah sis lakukan dulu dekat orang lain..”

“Saya doakan adik2 yang membantu disenangkan kehidupan dunia dan akhirat..”


Video yang tular di laman TikTok:

@sikseekerrr 09/10/2022 #pengantinbanjir ♬ bunyi asal – lailasn77@puteraborneo

@sikseekerrr Replying to @makngahafi tq adik2 motor 🥺 #pengantinbanjir ♬ bunyi asal – lailasn77@puteraborneo

@sikseekerrr Replying to @_n.najihah95 tq for your doa ♥️ #pengantinbanjir ♬ original sound – sikseekerrr

Continue Reading
Advertisement