Umum mengetahui, bayi yang baru lahir sememangnya perlu diberikan perhatian yang penuh dari ibu bapanya. Banyak pantang larang yang perlu dijaga untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Namun menjadi ibu bapa semestinya mempunyai pengalaman yang manis dimana perlu mengorbankan waktu tidur kerana anak kecil akan sering terjaga pada waktu malam.
Terdahulu, seorang pengacara dan pelakon menerusi drama Kau Cipta Kasih Uyaina Arshad atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad telah selamat melahirkan anak lelaki pada 8 September yang diberi nama Raja Urhan. Malah dia mendedahkan nama anaknya itu memiliki maksud yang cukup baik selain sebutannya hampir sama dengan ibunya ‘Noor Alhan’.
Pun begitu, sama juga kisahnya dengan Uyaina Arshad serta suaminya yang juga merupakan juara pencarian Bakat JoHaRa Era FM pada tahun 2012 ini yang baru memasuki fasa menjadi seorang ibu dan bapa. Walau bagaimanapun, perkongsian pelakon ini di laman Instagramnnya telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi foto yang dimuat naik olehnya, menunjukkan gambar swafotonya dan kelihatan mata pelakon itu seperti tidak cukup tidur kerana menjaga anak lelakinya Raja Urhan setelah seminggu melahirkannya.
“Walaupun nampak sebegitu, genap satu minggu bergelar ibu kepada Raja Urhan, malam tanpa tidur..malam tanpa tidur,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Uyaina yang masih dalam proses berpantang itu dilihat sangat cantik walaupun dengan ‘eye bag’ di matanya. Rata-rata rakan artis yang juga baru melahirkan anak seperti Elisya Sandha dan Mira Filzah turut memberikan sokongan buat pelakon ini.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan artis serta warganet memberikan kata-kata semangat buat Uyaina Rashid dan Raja Syahiran yang baru memasuki fasa menjadi seorang ibu dan bapa. Bukan itu sahaja, mereka turut memuji kecantikkan pelakon tersebut walaupun tanpa solekan di wajahnya.
Antara komen warganet:
“Been there, you got this mom!! sending hugs and love..”
“Takpe skin bersih…lawa je walaupun mata sembap..biasa lah tu bila dah ada baby..”
“Enjoy je walaupun dalam situasi stress. Masa takkan berulang mama! U insan paling cantik pada Urhan. So strong okay?..”
“Semangat Mama Urhan…selamat berpantang yah Mama Urhan, sihat-sihat selalu and happy selalu mama, baba and baby Urhan..”
“Ni bukan mata berpantang, ni muka student tak cukup tido..cantiknya..”
Perkongsian yang tular di laman Instagram: