Connect with us

Selebriti

Kongsi Momen Hari Pertama Sekolah, Wajah Comel Anak Eyra Hazali Raih Perhatian Netizen

Tidak dapat dinafikan, anak-anak selebriti tanah air kita sering menjadi perhatian peminat-peminat. Bak kata pepatah ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ bukan?  lihat sahaja populariti mereka ini yang tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan ibu dan ayahnya.

Meskipun masih kecil, mereka juga mempunyai akaun media sosial sendiri dan pengikut sehingga berjuta.

Iospital phone repair gombak

Sama juga kisahnya dengan anak kepada pasangan selebriti Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli ini.

Terbaharu, Eyra yang merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki ini telah berkongsikan momen berkenaan anak sulungnya yang kini berusia dua tahun dan bakal memasuki alam pra-sekolah.

Menerusi ciapan olehnya di laman Twitter ini, memperlihatkan Muhammad Hayder Qalish yang lengkap beruniform pada hari pertama persekolahannya.

“Dah besar anak sulung mama…doa mama papa sentiasa iringi Hayder” tulisnya di ruangan kapsyen.

Semenjak bayi lagi Hayder ini sememangnya menjadi tumpuan warganet dengan telatah lucu dan comelnya. Dalam ciapan yang lain pula, Eyra sempat memuat naik sebuah video memaparkan gelagat anak sulungya yang sedang bermanja seolah-olah tidak menyukai hari pertama persekolahannya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut memuji wajah Hayder yang sangat mencuit hati di dalam foto tersebut. Bukan itu sahaja, ada juga mendoakan agar anak sulung pasangan ini membesar menjadi anak yang soleh.

Antara komen warga maya:


Perkongsian yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement