Connect with us

Viral

Kongsi Momen Mengajar Muzik Pada Murid Masalah Pendengaran, Usaha Guru Muda Raih Perhatian Netizen

Guru ini ibarat pelita hidup, yang membakar dirinya dan menerangi kegelapan. Dan sesungguhnya semua insan yang berkhidmat sebagai guru ini ingin melihat anak-anak murid mereka berjaya di bawah didikan mereka suatu hari nanti.

Iospital phone repair gombak

Walau dengan cara apa sekalipun, para guru akan tetap berusaha demi masa depan anak-anak muridnya.

Begitu juga dengan kisah seorang guru yang tular di laman TikTok baru-baru ini, di mana dua orang anak muridnya sangat meminati bidang muzik meskipun mempunyai masalah pendengaran.

Menerusi video rakaman tersebut, telah dipaparkan guru tersebut sedang mengajar mata pelajaran Muzik di dalam kelasnya.

Difahamkan walaupun menghadapi halangan sepanjang aktiviti pembelajaran tersebut, guru tersebut masih gigih berusaha memberikan pembelajaran selaras dengan pelajar aliran biasa.

Terdahulu, ada individu mendakwa bahawa mengajar muzik pada murid yang menghadapi masalah pendengaran seakan tidak berguna.

Namun begitu, guru berkenaan terus membangkang kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa pelajar-pelajar istimewa ini masih mempunyai sisa pendengaran dan boleh merasai getaran sesuatu bunyi.

Baginya juga, dia akan mencuba sehabis baik sebagai seorang pendidik untuk mengasah potensi dan membantu semua pelajarnya.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa kagum terhadap guru muda itu apabila melihat kegigihannya menyampaikan ilmu kepada anak didiknya.

Antara komen netizen:

“Nangis kalau dapat cikgu macamni. Thank you cikgu untuk sesiapapun yang cikgu didik, terima kasih 🥲❤️”


“terus semangat cikgu…ini salah satu terapi sbnrnya utk ank2 ni. ia akan membantu, tiada satu pun ilmu y sia²🥰”

“Semoga cikgu kuat.. semoga persekitaran tidak toxic dan cikgu teruskan bersemangat mengajar..”

Video yang tular:

@mir.dla ajar muzik untuk murid ketidakupayaan pendengaran ni sebenarnya bidan terjun dengan zero knowledge. tapi itulah cikgu, hari hari kena belajar benda baru dan ajar pelbagai subjek. apa saja yg penting nak bagi ilmu untuk murid khas ni supaya input sama rata dengan murid tipikal #pendidikankhas #cikgupendidikankhas #specialneeds #specialeducation #specialeducationteacher #SpecEd #specedteacher #bahasaisyarat #signanguage #hearingimpaired #musiceducation ♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

Continue Reading
Advertisement