Tidak dinafikan, apabila sudah mencapai usia 20-an ataupun 30-an kebiasaanya setiap orang pasti akan melalui fasa-fasa sukar apabila ingin melakukan sesuatu perkara dan membuat keputusan sendiri dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi ia melibatkan hal-hal yang berkait dengan masa depan kita.
Sama juga ceritanya dengan seorang penyanyi dan pelakon jelita Daiyan Trisha ini apabila berkongsi luahan hatinya mengenai hal paling ‘susah’ yang orang lain tidak nampak dalam kehidupannya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram ini, memaparkan beberapa keping foto ketika membuat persiapan untuk renovasi kediaman barunya. Malah dia turut menunjukkan momen pertama kali memasuki rumah kondominium miliknya tiga tahun lalu.
Menurut Daiyan, dia mengakui teruja dan tidak sabar untuk memasuki rumah ‘landed’ yang lebih besar meskipun menghadapi pelbagai cabaran kerana banyak perkara yang perlu diambil kira dalam pelbagai aspek. Namun dia tidak menafikan perasaan penat apabila menguruskan semua urusannya dalam masa yang sama.
“Tak sabar nak tunggu rumah baru siap dan pindah. Sejujurnya saya sangat penat dengan kerja dan menguruskan beribu-ribu perkara sekaligus – saya pasti anda semua sudah tahu…”
“Tetapi percayalah apabila saya katakan, persediaan untuk rumah baharu pada kemuncak tempoh kerjaya tersibuk anda adalah satu lagi tahap sakit kepala. seperti, jangan salah faham saya sangat teruja tetapi rumah ini besar dan saya terpaksa membuat begitu banyak keputusan…Jadi banyak perkara yang saya tidak biasa seperti ia sudah bertukar gila daripada kondo kepada harta tanah itu sendiri – tetapi perbezaan saiz?…” katanya.
Sementara itu, penyanyi yang berusia 29 tahun ini juga mempersoalkan kenapa dirinya masih belum mempunyai pasangan untuk melakukan keputusan bersama-sama.
“Sometime rasa macam kenapa i tak ada husband yet untuk help me make these decisions hahahaha. kan best kalau boleh make the decisions together lol tapi dream house dah sampai dulu takkan nak say no pulak. I i love this house so nak taknak kena la buat sendiri jugak,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada masa yang sama, Daiyan turut berharap agar semua urusannya dipermudahkan dan percaya usaha kerasnya itu akan membuahkan hasil yang berbaloi.
Meninjau di ruangan komen, rakan artis dan warganet memberikan kata-kata semangat dan pelbagai cadangan buat Daiyan Trisha untuk menguruskan hal rumah barunya itu. Malah ada juga yang mendoakan agar perlakon ini akan dipertemukan jodoh yang baik.
Antara komen warga maya:
“you got this!..”
“faham sangat penat tu sebab semuanya nak kena fikir and buat sendiri…takpe sabar sabar something good for us soon! insha’Allah…”
“takpa reward untuk diri sendiri hasil tiktik peluh sendiri…insya’Allah ada jodoh for u…”
“betul rezeki rumah datang dulu nak tak nak kena buat keputusan…take time okeesss…tak sabar nak tunggu rumah daiyan mesti perfect….”
Perkongsian yang tular di laman Instagram: