Connect with us

Viral

Kongsi Tarikh Lahir Bersama 2 Orang Anak, Wanita Dedah Tip Digunakan Suami

Berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ahli keluarga bukanlah sesuatu perkara yang biasa. Malah, jarang sekali berlaku. Jadi, bagi sesiapa yang berkongsi tarikh lahir dengan adik beradik ataupun ibu bapa akan dianggap unik!

Iospital phone repair gombak

Walaupun perkara berkenaan jarang berlaku, masih ada ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak yang sama tarikh lahir dengan mereka. Yang lebih hebat, bukan seorang anak sahaja, tetapi lebih!

Memang unik! Lebih kurang seperti cerita yang disampaikan oleh wanita bernama Nurfahtiha Tahir, 29 tidak menyangka kedua-dua anaknya dilahirkan pada hari ulang tahunnya.

Mesra disapa Tia berkata, puterinya, Aisyah Safiyyah Ahmad Shukri, 4, dan Alessya Sumayyah Ahamad Shukri, 1, dilahirkan pada 11 September.

“Buat masa ni, saya ada dua anak saja. Si kakak lahir pada pukul 10.45 pagi manakala adiknya jam 5.45 petang, kedua-duanya pada 11 September.

“Memang saya seronok dapat sambut birthday bersama dengan dua anak, dan saya rasa special sebab tak ramai orang dalam dunia ni dapat momen dua anak sama tarikh lahir dengan ibu mereka,” katanya.

Tia mendedahkan terdapat kisah di sebalik persamaan tarikh lahir dengan kedua-dua puterinya.

“Kisahnya, saya dan suami pernah sembang bergurau nak anak lahir sama birthday dengan saya. Sebabnya masa tarikh kahwin kami dulu, saya sebenarnya nak buat pada tarikh birthday saya tapi tak dapat sebab clash dengan tarikh kahwin abang kepada suami.

“Suami yang rancang agak-agak tarikh anak ‘keluar’ sebab anak pertama due date 12 September 2018 dan anak kedua pula 9 September 2021.

“Tapi sebelum masing-masing lahir, suami yang banyak bercakap dengan anak dalam perut supaya keluar pada 11 September. Dengan keluarga pun dia beriya cakap macam tu. Orang cakap masin mulutlah,” katanya.

Tia yang berasal dari Tawau, Sabah yakin suaminya akan sentiasa mengingati tarikh lahirnya bersama puteri mereka memandangkan perkara itu yang dihajatinya.

“InsyaAllah suami tak akan lupa sebab dia antara yang nak sangat anak-anak sama birthday dengan saya,” katanya.

Berkongsi momen lucu, Tia, penyelia spa kecantikan dan kesihatan berkata terdapat pihak tidak mempercayai dia dan dua puterinya memiliki tarikh lahir sama.

“Apabila saya beritahu tarikh lahir dua anak sama dengan saya, ada yang tak percaya sehingga saya kena keluarkan IC untuk tunjuk bukti,” kata Tia yang berkahwin pada 11 November 2017.

“Dan komen paling lucu netizen banyak cakap mengenai suami pandai setting masa untuk saya bersalin pada birthday.

“Selepas kahwin saya memang plan nak terus dapat anak tapi belum ada rezeki sebab saya datang bulan seminggu selepas kahwin.

“Saya menangis dan suami gelakkan je, kemudian dia kata ‘nanti bulan 12 kita cuba lagi supaya anak pertama sama tarikh birthday saya’ sambil bergurau,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok

@tialiew_ SELAMAT HARI JADI kakak Aisyah , Adik and ibu..💖💖 #fypシ #viral #born #happybirthday #anakbapak #foryou #CapCut @Aisyah Safiyyah ♬ original sound – tialiew_

Continue Reading
Advertisement