Connect with us

Selebriti

Kongsi ‘Update’ Kehamilan, Madammu Luah Rasa Syukur Baby Dalam Stage ‘Yolk Sac’

Terdahulu, pengasas kosmetik terkenal Noir Beauty, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu ini mencuri perhatian ramai apabila memaklumkan berita gembira tentang dirinya yang kini disahkan telah berbadan dua.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Madammu telah memuat naik satu perkongsian di laman TikTok berkongsikan perkembangan kehamilannya yang kini sudah mencecah usia lebih enam minggu.

Menerusi rakaman tersebut, memaparkan Madammu, suami serta anak lelakinya yang berada di sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan ultrasound buat kali pertama.

Menurut ushawan ini, dia mengatakan perlu menghadiri semua temu janji bersama doktor setiap minggu bagi memastikan kehamilannya sentiasa di dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah hari ini scan yang pertama, which is kita kena scan every week. Hari ini mungkin doktor nak melihat perkembangan. Alhamdulillah sekarang baby dalam stage ‘yolk sac’ (adalah kantung membran yang melekat pada embrio, menyediakan makanan awal dalam bentuk kuning telur)…”

“Kita akan datang balik (temu janji dengan doktor) pada 1 November, lagi dua minggu. Tapi tadi nampaklah ada ‘kantung’. Tak nampak apa lagi, tapi doktor nak make sure baby is there. So ada lagi, alhamdulillah. InsyaAllah lagi dua minggu akan nampak (janin). Kita jumpa lagi dua minggu,” katanya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi yang positif malah ada juga yang tumpang gembira dan menasihati agar menjaga kesihatan. Bukan itu sahaja, mereka turut mendoakan agar Madammu serta bayi dalam kandungannya sentiasa sihat.

Antara komen warga maya:

“Selalu bila tgk org mengandung Sy paling excited walau Sy dh 15tahun kawin tanpa zuriat.Sy suka tgk bila wanita d luar sana happy..”


“bestnya madam…saya tengaj menghitung hari nak gi check darah lepas transfer hr tu…tak kuat nak buat test sendiri huhu..doakan saya…”

“jaga makan madam…jangan lasak lasak…paling penting jaga makan…rehat kena cukup…elakkan bersama lagi waktu awal kehamilan..saya misscariage waktu 6…”

“tahniah madam…we are happy to see u happy with this pregnancy…enjoy your pregnancy journey…”

“semoga dalam lindungi allah selalu…madammu dan baby…amin..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:/

@eriyca.baiduriFirst scan♬ original sound – Noir

Continue Reading
Advertisement