Ramai diantara kita yang menggunakan platform seperti Facebook, Instagram dan yang paling famous adalah TikTok untuk berkongsi kisah harian dan tempat untuk menghilangkan rasa bosan disamping boleh bergaul serta berkawan dengan ramai orang.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu tetap cerita berkongsi videonya walau rupa bentuk rumah dihina mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita tersebut di laman TikTok @yoonachiee, kelihatan wanita itu hanya berkongsi kegembiraan menguruskan rumah tangga tanpa menggangu orang lain di media sosial.
Dapat kita lihat, dia membuat aktiviti hariannya seperti membasuh kain, mengemas rumah, menguruskan anak-anak serta membuat kerja rumah yang lain.
Pun begitu, ada juga ‘mulut-mulut’ yang meminta wanita ini untuk sedar diri dan mengecam rupa rumahnya yang dikatakan seperti hendak roboh.
Bagaimana pun, wanita ini dilihat tidak mudah melatah dan hanya mengendahkan segala kecaman malah mengambilnya dari sudut positif sahaja.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen turut gembira melihat wanita ini hidup bahagia walaupun dalam keadaan yang cukup sederhana.
Antara komen warga maya:
“biarlah nak roboh ke, runtuh ke, janji hati bahagia”
“tak berduka dan tak berbangga sebab ini hanya pinjaman”
“kaya tak boleh beli kebahagiaan, suka tengok selalu ceria”
“semoga satu hari nanti awak dapat rumah idaman”
“jadikan kata2 tu satu semangat untuk sis.. saya tau sis kuat”
“dari akak saya belajar bahagia itu sederhana”
Video yang tular di laman TikTok: