Connect with us

Selebriti

Kongsi Wajah & Nama Anak, Dr Amalina Bakri Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Seorang pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri ini cukup dikenali ramai kerana sering berkongsi dan mendidik masyarakat tentang kesedaran berkaitan kesihatan di platform media sosialnya.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Dr Amalina telah selamat melahirkan bayi perempuan minggu lalu di Hospital St Thomas’, London. Khabar gembira itu dikongsikan oleh Dr Amalina sendiri melalui posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya semalam.

Menerusi hantaran tersebut, memaparkan beberapa keping foto dirinya yang sedang mendukung puteri kesayangannya serta mendedahkan wajah dan nama anak sulungnya iaitu Arabella Mia.

“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lalu di Hospital St. Thomas. Kami menyayangi dan menghargai setiap saat bersama bayi kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa menunggu kami pada masa akan datang. Ahamdulillah…” tulisnya di ruangan kapsyen.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada Dr Amalina Bakri dan suami dengan cahaya mata pertama mereka.  Malah ada juga yang turut teruja dan memuji nama serta kecomelan anak perempuannya.

Antara komen warga maya:

” Huge congratulations my lovely..what a beauty and gorgeous name too. Hope you are doing ok..first few days/weeks can be quite the ride – sending lots of love from one mama to another ”


“Ooh wow how absolutely lovely…congratulations to both of you , how precious is she @dramalinabakri..”

“Aaaaand she’s out!!! Congratulations Dr & Alex! We shall pay you & baby Arabella a visit when we’re in london again (hopefully with our little Baby J ) so happy for you! Take care ”

“Congratulations Amalina and Alex. Beautiful photos and such a gorgeous name for your princess. Sending lots of love..”

” Tahniah dr ..malam tadi saya terfkirkan dr..agak-agak bile bersalin ..tup-tup dh keluar dh post hari ni..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Sekadar info, Dr Nur Amalina telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris yang bernama Alex di Masjid Central London pada April tahun lalu.

Continue Reading
Advertisement