Connect with us

Viral

“Cirit-birit lebih 30 kali” Ibu Geram Kenalan ‘Memandai’ Suap Bayi Usia 4 Bulan Kurma & Buah Pear

Pemakanan bayi mengikut umur adalah penting kerana ianya bukan sahala melibatkan tumbesaran malah juga untuk kesihatan. Bayi bawah 6 bulan hanya bergantung pada susu ibu kerana itulah makanan yang terbaik buatnya pada umur tersebut.

Pun begitu, berbeza pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anak kepada wanita ini yang berusia empat bulan disuapkan buah kurma dan pear sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik wanita ini sendiri di laman Facebook Uda Meknul, dia kesal dengan tindakan seorang individu yang sesuka hati menyuap makanan kepada anaknya.

Wanita ini mendakwa anaknya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dan mengalami berak berdarah.

“Kerana “bg rasa je” tu tgk la betapa susah dan ganggunya aktiviti harian org. Kalau kita ckp nanti kata kita tak hormat org tua, awk tu hnya kenalan je bkn family atau ada pertalian darah pn, jd jgn la pandai2 nk usik2 anak org nk bg itu ini.”

“Ikutkan hati nak je uda saman. Baby bawah 6 bulan jangan nak memandai bagi makan bagi rasa bagi segala tok nenek paham? Bila kita marah mengamuk, cakap la konon orang dulu ok je, orang bandar tak reti apa?”

“Penangan konon bagi ‘rasa’ kurma & buah pear. Lain kali buat dekat anak sendiri jangan usik anak orang!”

Lebih menyedihkan anak itu kini mengalami cirit birit lebih 30 kali dan ada juga beberapa kali cirit berdarah.

“Kita normal cirit 3-4 kali pun dah lembik badan nak berdiri, pedih jangan cerita ni 30 kali lemahnya semangat bila tengok anak yang ditunggu selama 8 tahun jadi macam ini.”

Wanita ini juga sempat memberikan peringatan kepada orang ramai agar tidak sesuka hati menyuapkan makanan kepada anak orang sehingga menyebabkan kemudaratan.

“Harap parents lain alert dan tegas dengan anak masing-masing, kalau boleh jangan bagi orang sentuh baby pun. Biarlah nak cakap apa sebab sakit kita anak beranak yang menanggung.”

Perkongsian Uda di platfrom Facebook:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warg netizen geram dengan individu tersebut yang seolah-olah tidak berfikir panjang memberikan bayi berusia 4 bulan makanan yang ‘solid’ seperti itu.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.