Kini, ramai guru yang menggunakan platform media sosial untuk berhubung dengan anak didik secara atas talian contohnya applikasi Whatsapp untuk mengadakan perbincangan dan memberikan latihan. Applikasi Google Meet untuk mengajar dan banyak lagi.
Pun begitu, ada juga segelintir guru yang membuat rakaman video serta siaran langsung (live) ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan jelas ianya menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana terdapat pendidik yang selamba mengajar melalui platform TikTok dan tangkap layar itu tular di laman Twitter malah menjadi perbualan hangat diantara warga maya.
“Cikgu mengajar live. Boleh tak boleh? Mak ayah setuju cikgu cikgu mengajar live? Bila komen terus kena block.Sekolah mana ni? PPD tolong ambil tindakan dekat cikgu cikgu yang buat tiktok fb live semua ni. This is unacceptable. Your focus should be 100% in class!”
“Bila komen, kawan dia belakang tu kata “Kenapa tak boleh mengajar live? Ramai je cikgu mengajar live?”. Ramai = dibenarkan ke? Masa mengajar mata ke kamera. Fokus ke tu?”
Bukan sahaja mendapat kecaman hebat daripada netizen malah ianya juga mendapat perhatian daripada unit Komunikasi Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin @DRJComms (Radzi Jidin Comms) yang turut meninggalkan komen berhubung kes tersebut.
“Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat sama ada menerusi peralatan komputer atau alat mudah alih dibekalkan oleh pejabat atau melalui peralatan peribadi.
“Ruangan komen, bukan murid yang tonton. Pekerja oil and gas pun ada. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan siasat,” tulis pengendali akaun Twitter itu.
Dalam komen sama, pengendali Twitter @DRJComms turut memuat naik dua tangkap layar mengenai Etika Penggunaan Media Sosial oleh Pegawai Awam serta Peraturan dan Perundangan yang terkait dengan hal itu.
Posting yang tular di Twitter: