Beberapa hari lalu, pelakon kelahiran Uzbekistan, Daler Yusuf, memaklumkan bahawa neneknya telah disahkan positif wabak COVID-19, setelah menjalani ujian saringan virus berkenaan.
Beliau berkongsi berita tersebut menerusi posting di Intagram berserta gambar beliau bersama neneknya.
Nenek Daler Yusuf disahkan positif Covid-19
Dengan berat hati, beliau turut memaklumkan kondisi neneknya ketika itu berada dalam keadaan yang kritikal dan masih berada dalam keadaan koma.
Doktor juga memaklumkan bahawa paru-paru nenek pelakon kacak itu berada dalam keadaan yang teruk.
Dalam keadaan koma dan paru-parunya teruk
“Assalamualaikum semua, nenek Daler positive COVID 19 and she is in a critical situation kat Uzbekistan”.
“Dia currently dalam keadaan coma dan doktor cakap paru paru dia dalam keadaan teruk. Daler tak tahu nak buat mcm mana. Tolong doakan untuk nenek saya please”.
Salam sayang untuk kekasih hati Daler
Beberapa jam yang lalu, satu berita menduka citakan telah dimuat naik oleh Daler Yusuf sendiri yang memberitahu bahawa nenek kesayangannya itu telah menghembuskan nafas yang terakhir di Uzbekistan.
Apa yang lebih meruntun hati apabila Daler Yusuf juga mendedikasikan luahan hati buat neneknya.
Nenek menjaganya dengan begitu baik
Neneknya telah menjaga diri Daler dengan begitu baik setelah ibu pelakon lelaki itu meninggal dunia sewaktu kecil.
Al-Fatihah to my grandmother
“Writing this is not easy. Its heavy, but I want to tell my friends and my followers on how amazing my grandmother was. After all she deserved it”.
“My mother passed away when I was at a very young age. So my grandmother has been my mother to me. She was my rock and forever will be”.
“I may not know what mothers love feels like but Im sure what she has given me is more than what I could every repay”.
And I thank Allah swt for that. I truly do. And Allah swt is indeed fair and merciful” tulisnya.
Moga Allah tempatkan Ochajon di syurgaNya
“To my grandmother , you may have left me today , but your prayers stay. Untuk setiap kejayaan Daler, it may be because of your prayers to Allah swt”.
“Untuk setiap kekuatan Daler merantau jauh dari rumah, ada kekuatan Ochajon yang Daler bawa bersama. Thank you for all the things you have done for me”.
Moga kita berjumpa lagi
“Moga Allah tempatkan Ochajon , di syurgaNya. Moga Allah redha dengan setiap kebaikan Ochajon besarkan Daler”.
“Moga kita berjumpa lagi dalam syurga. Salam sayang untuk kekasih hati Daler dan Al Fatihah”.
Rata-rata tersentuh dan turut bersedih dengan kehilangan insan yang sangat bermakna dalam diri Daler Yusuf.
Orang ramai turut memberikan kata-kata semangat dan ucapan takziah kepada Daler Yusuf.