Ramai dikalangan kita yang sememangnya gemar untuk memelihara kucing. Gelagat lucu dan manja si bulus juga membuatkan kita berasa tidak bosan apabila berada di rumah.
Apatah lagi jika kucing yang dibela itu berwarna oren atau seringkali digelar ‘Oyen’, pasti ada sahaja perkara ‘pelik’ yang hendak dilakukannya.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa ekor kucing yang dijaga dari rumahnya makan roti canai yang dibeli mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok iaitu @eena_sim, wanita tersebut baru sahaja pulang daripada membeli roti canai dan menghidangnya di atas meja makan untuk dinikmati bersama kuah kari.
Wanita itu meninggalkan makanan tersebut untuk pergi mengambil minuman di dapur sebentar namun tanpa disangka, roti canai yang dibeli itu telah pun di ‘sapu’ oleh kucing-kucingnya.
“Mami tinggal sekejap sahaja. Korang ni! Kucing ke apa korang ni? Semua nak makan, hei! Habis semua makan roti canai, mami nak makan apa? Kuah?”, tanyanya pada kucing-kucing itu yang sedang asyik memakan makanannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kucingnya yang selamba makan roti canai yang dibeli.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menyamakan situasi tersebut dengan anaknya. Manakan tidak, pantang buka makanan yang dibeli, pasti tak sabar-sabar dan terus serbu!
Antara komen warga maya:
“Sama la macam kucing saya.. semua benda dia makan”
“Samalah macam anak-anak kat rumah ni. Apa yang kita makan, itulah yang depa nak.”
“Kucing saya pun makan roti canai sis.. tak bagi kang dia buat muka sedih”
“Lepas ni kat kedai mamak jumpa kucing order roti banjir telur goyang”
“Mami makan kuah jela.. kami nak sarapan dulu nak gi kerja”
Video yang tular di laman TikTok: