Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak mereka menanggung derita akibat penyakit? Kalau boleh, biarlah anak itu membesar dengan baik.
Namun kita sebagai manusia, tak boleh lari dari ketentuanNya. Kita diuji dengan pelbagai dugaan untuk menguatkan lagi iman kita kepada Sang Pencipta.
Persis seperti nasib seorang ibu ini apabila anaknya disahkan menghidap penyakit kulit iaitu psoriasis.
Psoriasis adalah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik.
Turut disebabkan oleh tindakan imuniti badan terhadap sel kulit menyebabkan lapisan kulit baru terhasil dengan lebih kerap daripada biasa.
Kisah perjalanan anaknya yang bernama Izzat Rafael telah dikongsikan oleh dirinya sendiri, Fatin Suhana di platform TikTok turut meraih perhatian ramai!
Menurut Fatin, anaknya menghidap psoriasis pustular sejak berusia sebulan. Disebabkan masih kecil, Izzat hanya mampu menangis menahan kesakitan.
“Anak saya waktu usia sebulan, lepas pantang terus jadi macam ini. Masuk wad 12 hari on antibotik. Sekarang anak umur 2 tahun 5 bulan.”
“Penyakit ini akan datang sebulan sekali, selepas salin kulit akan elok sekejap dan naik balik semula,” kata Fatin.
Jelas Fatin lagi, ini sudah kali ke-25 Izzat menderita dengan penyakit ini sepanjang usianya.
Keadaan kulit anaknya untuk kembali pulih mengambil masa sebulan. Kadang-kadang kurang daripada sebulan, keadaan ini terjadi semula.
Keadaan kulit kering yang merekah ini membuatkan Izzat tidak boleh bangun mahupun berdiri. Dia turut akan demam dan meradang.
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersimpati melihat keadaan anak kecil itu. Dalam pada itu, ramai turut mendoakan agar Izzat diberikan kesihatan yang baik.
Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok
“ya Allah. Berilah adik sihat cepat sembuh. Aamiin”
“Allahu.. semoga cepat sembuh anak..🤲🤲🤲”
“Semoga cepat sembuh allahu🤲🏻”
“Semoga adik cepatt sembuh dik🥺🥺🥺”